Wednesday, February 17, 2010

Sambutan Maulidul Rasul : Fatwa Songsang Nik Aziz


Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah berkata, ini kerana memperingati Nabi Muhammad merupakan sunat muakad yang tertinggi dalam menghayati sejarah serta perjuangan baginda yang dapat menginsafkan diri setiap umat Islam.Sehubungan itu, beliau menganggap sebarang pandangan yang menganggap hari keputeraan baginda itu tidak perlu disambut sebagai bertentangan dengan akidah."Dia termasuk dalam orang yang mengharamkan ijtihad kerana hukum ini ialah dalam empat perkara iaitu al-Quran, hadis, sunnah dan kias (ijtimak ulamak)."Siapa yang menolak ini tak bolehlah kerana boleh diibaratkan macam sesat jadi bila sesat wajib kita tentang," ujar beliau di sini hari ini.

Abdullah yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengenai sebab utama Maulidur rasul tidak disambut di negeri ini.Ketika ditemui semalam, Nik Abdul Aziz berkata, bulan Maulud tidak mempunyai fadilat dan sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan.Bagaimanapun beliau berkata, corak pentadbiran yang diamalkan kerajaan negeri telah menerapkan nilai Maulud yang sebenarnya.Abdullah menjelaskan, Maulidur rasul perlu disambut sebagai tanda orang Islam menyayangi baginda dan mengeratkan hubungan kerohanian antara baginda dengan umatnya.

Tegasnya, Allah sendiri memuliakan nabi maka adalah sunat bagi umat manusia turut meraikan hari kelahiran baginda."Apa ini maulud..maulud merupakan perhimpunan untuk memuji dan memperingati hari kelahiran nabi dengan mengadakan jamuan sedekah dan membaca kisah-kisah mengenai nabi."Nabi tak pernah larang dan tak pernah suruh tetapi zaman sahabat baginda dulu mereka meraikan kedatangan maulud dengan cara itu," tegas beliau
Sumber: Neutradaily
Yang menjadi kemusyikalan PUPP, di P.Pinang, tidak pula diharamkan perarakan Thaipusam atau pun Pesta Tanglon. Ini jelas menunjukkan DAP di P.Pinang sedang memasang perangkap untuk terus melemahkan umat Islam. Yang menjadi pak turut mereka tentulah juak-juak PAS yang mengiyakan segala fatwa yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Lim Guan Eng si kafir harbi ini. Usah bicara soal Anwar Ibrahim, kerana sememangnya beliau tidak pernah ambik kisah apa akan berlaku kepada umat Islam melainkan menyelamatkan beliau dan menggunaka rakyat dan siapa sahaja untuk mencapai cita-cita dan angan-angan Mat Jenin beliau......

Tuesday, February 16, 2010

PENGERTIAN JUARA RAKYAT

  • MENJUARAI KEHIDUPAN RAKYAT
  • MENJUARAI PEMBELAAN RAKYAT
  • MENJADI JOHAN DALAM MEMBANGUNKAN RAKYAT
  • SENTIASA DIBARISAN HADAPAN UNTUK RAKYAT
  • SENTIASA MENJADI JUARA DALAM HATI DAN MINDA RAKYAT
  • RAKYAT SENTIASA MENJADI JUARA DALAM PERJUANGAN KITA
Konsep juara ini memberi motivasi pimpinan untuk bekerja agar menjadi no.1 dan menang dalam peperangan politik. Bukannya untuk menjadi sombong/angkuh bila disebut juara. Selama ini pun UMNO dan BN yang merancang dan melaksanakan semuanya. Ini bukan bermakna kita anggap diri hebat dan tahu segalanya.

Tiada siapa boleh memadam hakikat yang pembangunan untuk rakyat dalam semua bidang, pendidikan, kebajikan, wanita, keluarga, belia, pertanian, pekerjaan, kesihatan, kerohanian dan lain-lain sebagaimana tema bulanan program , UMNO dan BN yang melaksanakan.

Kita yang membina hampir semua pembangunan negara tetapi sebahagian rakyat kurang sedar bahawa UMNO telah menjuarai kehidupan mereka. Lantas tersilap memberi yang siap dibina itu kepada pembangkang. Kita mesti berazam menjadi juara, bersifat sebagai juara, berani umpama juara..................

~UMNO Juara rakyat~

PROGRAM MESRA ANJURAN PEMUDA PERMATANG PAUH




Permatanag Pauh, 13 Feb 2010- Bertempat di Dewan UMNO Bahagian Permatang Pauh, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian telah menganjurkan Program Mesra bagi menghargai sumbangan pemimpin-pemimpin akar umbi. Seramai 7 Ketua Cawangan sekitar Bahagian Permatang Pauh telah menerima sijil dan cenderahati berupa jam dinding sebagai perhargaan diatas usaha-usaha dan sumbangan mereka kepada masyarakat.

Turut serta Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Dato' Abdul Jalil Abdul Majid, Naib Ketua Bahagian, Tuan Hj Rahim Man dan mantan Ketua UMNO Bahagian Dato' Ahmad Saad. Majlis turut disertai oleh pemuda-pemuda seluruh Bahagian Permatang Pauh....
~UMNO Juara Rakyat~

Monday, February 15, 2010

KERAKUSAN PR P.PINANG




Selepas 2 tahun P.Pinang dijajah oleh Pakatan Rapuh, tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan pencapaian mereka. Pelaburan yang dijanjikan dibawa masuk ke P.Pinang masih lagi menjadi mimpi-mimpi indah mereka. Walaupun jutaan ringgit wang rakyat P.Pinang dilaburkan untuk misi mencari pelabur-pelabur di luar negara, hasilnya masih lagi tidak dapat dilihat. Dari sudut perkembangan ekonomi, tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan pencapaian mereka selain daripada retorik ceramah dan angan-angan mat jenin mereka untuk menawan Putrajaya.
Yang menariknya, ketaksuban JKKKN menawan dewan-dewan orang ramai dan pasar malam sekitar P.Pinang. Ketakmakan mereka ini jelas apabila dikawasan bandar yang tidak mempunyai JKKKN, mereka masih mencari jalan untuk mengawal sebanyak mungkin dewan orang ramai ini walaupun mereka telah mempunyai dewan dikawasan mereka. Bukan sahaja dewan-dewan yang dikuasai oleh orang UMNO kononnya tapi dewan-dewan yang diuruskan oleh Persatuan-Persatuan yang tidak ada kena mengena dengan politik diganggu. Persatuan-persatuan ini mempunyai aktiviti-aktiviti persatuan yang berjalan untuk kebaikan penduduk sekitar, namun kerakusan kuasa yang ada kepada orang-orang khususnya daripada PKR ini ibarat seperti hilang akal, menggunakan kedudukan kuasa politik mereka untuk menawan dewan-dewan ini.

Bukan sahaja dewan-dewan, tapi pasar-pasar malan sekitar Seberang Perai dirampas melalui MPSP. Lesen dibatalkan serta merta dan pasar malam ini dirampas dengan angkuhnya dengan alasan merekalah yang berkuasa. Dulunya banyak persatuan-persatuan penduduk yang mentadbir pasar malam ini yang mana hasil daripada kutipan tapak akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan penduduk-penduduk setempat. Namun akibat gilakan kepada wang hasil kutipan pasar malam ini, mereka dengan rakusnya merampas hak orang lain yang bertungkus lumus memulakan dan mentadbir pasar malam ini sejak sekian lama.

Inilah kerja dan hasil yang dilakukan oleh puak-puak PR ini. Yang kecil-kecil digulakan kepada orang-orang melayu PAS dan PKR. Yang besar-besar, semuanya untuk puak-puak DAP yang dikepalai oleh LGE yang tidak ada kelas itu dan dihangguk oleh pengkianat bangsa si Anwar Ibrahim.....

Malaysia lebih aman tanpa Anwar anak Ibrahim..................

~UMNO Juara Rakyat~

Gong Xi Fa Chai........







13 Februari, Permatang Pauh - Bermula dari jam 10 pagi, Ybhg Dato' Abdul Jalil B. Abdul Majid, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh telah turun padang bagi sama-sama merasai sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Bermula dengan Pasar Basah Pekan Permatang Pauh, Persatuan Budist Kubang Semang dan berakhir di Cross Street, pemimpin UMNO ini telah disambut dengan meriah oleh masyarakat berketurunan Cina di sekitar Parlimen Permatang Pauh. Kunjungan Ybhg Dato Abdul Jalil telah ditemani oleh pemimpin-pemimpin Bahagian dan masyarakat setempat. Turut bersama-sama ialah En. Lau Cheik Tuan, Penyelaras Parlimen Permatang Pauh.

Dalam kunjungan mesra ini, Ybhg Dato' Abdul Jalil telah sudi untuk menyampaikan sumbangan buah limau kepada masyarakat setempat sambil meninjau permasalah rakyat khususnya masyarakat kaum Cina sekitar Parlimen Permatang Pauh.

Beliau mengharapkan, sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini akan lebih meriah dan dapat mengiratkan tali persaudaraan dan persefahaman dikalangan masyarakat setempat. Kesejahteraan bermasyarakat yang diterapkan oleh Kerajaan BN melalui semangat 1 Malaysia diharapkan mampu menjana persefahaman dan kesepakatan didalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan Agama.

Semangat yang telah diterap sejak Merdeka ini harus dipertahankan dan segala dakyah dan propaganda Pembangkang harus ditangkis demi sebuah keamanan ujarnya.

Sunday, February 14, 2010

LGE THE TWISTER











Seminggu yang lepas, P.Pinang dilanda dengan berbagai isu-isu politik yang melibatkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DAP. Perbagai nas-nas dan hujah-hujah yang melibatkan ketidakcekapan LGE mentadbir negeri P.Pinang dan kebodohan exco-exco Negeri yang terus menidakkan segala tohmahan terhadap Ketua mereka.

Bermula dengan isu Kg Buah Pala, LGE menyalahkan kerajaan BN yang menjadi punca kepada permasalahan ini. Isunya, janji Pilihanraya Pakaran Rakyat untuk 'membela' kononnya penduduk Kg Buah Pala ini yang akhirnya melihat kepada kemungkiran janji-janji yang ditabur oleh mereka.

Soal tol Sg. Nyiur juga menjadi sebahagian janji-janji mereka untuk menghapuskan kutipan tol yang sampi kini masih lagi belum tertunai.

Soal penukaran status tanah di P.Pinang dimana LGE dengan berani menidakkan dakwaan penukaran status tanah ini didalam Dewan yang mulia yang akhirnya kebenaran telah mengesahkan perubahan status tanah ini melalui minit mesyuarat jelas membuktikan LGE kaki putar alam.

Isu perobohan secara besar-besaran gerai-gerai peniaga kecil P.Pinang terus mencengkam kerisauan kepada seluruh warga peniaga-peniaga kecil yang sehingga kini masih belum mendapat jawapan yang sahih dari LGE selain daripada kenyataan-kenyataan yang diibaratkan seperti melepaskan batuk ditangga.

Isu pengagihan projek yang kononnya kontraktor Bumiputera mendapat agihan yang terbesar terus dipersoalkan oleh seluruh warga kontraktor kelas F P.Pinang. Desakan supaya didedahkan jumlah nilai projek masih lagi belum terjawab dan terus menjadi teka-teki.

Isu perarakan Maulidul Rasul yang diharamkan oleh Kerajaan P.Pinang dan dinafikan oleh LGE dan konconya Malik terus dipertikaikan melalui bukti surat rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Ketua-Ketua Jabatan menjadi penanda aras kepada penolakkan DAP terhadap kesucian Ugama Islam dan pengiktirafan Ugama Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia.

Kelangsungan kepada sebahagian isu-isu yang dibangkitkan oleh PUPP ialah pendedahan Datuk Seri Zahrain terhadap kepincangan pentadbiran DAP P.Pinang dan kejumukkan Penasihat PKR Anwar Ibrahim yang terus menjilat LGE semata-mata ingin mencari political mileage bagi terus mendapat sokongan dari golongan kafir harbi ini. PAS pula terus menjadi budak suruhan DAP untuk acara-acara demonstarsi jalanan dan menjadi jambatan kepada majlis-majlis penderhakaan kepada Raja-Raja Melayu, memutarbelitkan fakta kehamonian Islam dan menjadi penceramah murahan yang mendapat upah yang tinggi melalui ceramah-ceramah yang sedang giat dilakukan di P.Pinang bagi menjilat segala kelemahan LGE ini.

Ini belum lagi kupasan-kupasan dari Kedah, Selangor, Kelantan dan yang terbaru di Perak. Memutarbelitkan fakta terus menjadi mainan politik mereka dan yang menjadi kemuskilan PUPP ialah sebahagian rakyat percaya dan tidak pernah berfikir secara rasional segala fitnah yang dilemparkan oleh mereka.

Bayangkan jika 16 September menjadi realiti? Adakah budaya melompat parti ini dan menidakkan hak rakyat yang kononnya sedang berlaku di Perak akan ditentang oleh mereka.

Pendedahan demi pendedahan oleh orang kuat PKR dan PAS sendiri berkenaan permasalahan dalam PKR tidak pernah dinilai secara positif oleh penyokong-penyokong fanatik mereka.

Soal penjualan Arak di Selangor dan pencabulan kuasa oleh EXCO Selangor sendiri terhadap isu ini terus dipandang sepi oleh pemimpin PAS........

Soal kandang babi dikedah yang membawa kepada keluarnya pakatan DAP yang akhirnya MB menurut segala kemahuan mereka terus menjadi igauan buruk PAS dalam menghadapi tekanan daripada DAP.

Jelaslah, jarum-jarum DAP sedang menular didalam PR dan dalang kepada segala kemungkaran dan perpecahan kerohanian masyarakat majmuk Malaysia ini ialah Anwar Ibrahim....

Sedarlah, Anwar Ibrahim akan melakukan segalanya hanya untuk kuasa......Sebelum kita dimaki oleh anak cucu kita, marilah kita musnahkan Pakatan yang menjahanamkan kemakmuran negara. Pakatan yang bersekongkol dengan KAFIR HARBI yang tidak ingin melihat dakwah Islam terus berkembang di negara ini. Pakatan yang bersekongkol dengan rejim Yahudi dan Nasrani ini harus ditumbangkan dan dikuburkan demi kesejahteraan negara tercinta ini.

Inilah hak yang ada pada seluruh rakyat Malaysia untuk menolak Pakatan Rapuh ini melalui PRU 13 yang akan datang. Moga Malaysia diselamatkan oleh 'Rejim' yang ingin menjajah minda kita, pemikiran kita......dan kewarasan kita......



Wednesday, February 3, 2010

Sudah Tidak Ada Peguam Muslim untuk Anwar

Senarai barisan Peguam Anwar :
1) Karpal Singh
2) SN Nair
3) Datuk Param Cumaraswamy
4) Ram Karpal

Kalau dilihat drpd senarai diatas, tidak ada satu pun peguam mulim yang mewakil Anwar....Persoalannya, adakah peguam-peguam yang berugama Islam ini tidak mahu terlibat sama menaggung dosa bersubahat dalam konspirasi Anwar memutarbelitkan fakta...

Turut serta mengikuti perbicaraan ini ialah :
Peguam Pemerhati Persatuan undang-undang bagi rantau Pacific
- Mark Trowell
Peguam Pemerhati International Bar Association
- Jeniffer Robinson

Perbicaraan yang berprofil tinggi yang melibatkan banyak peguam pemerhati dari luar. Ini bagi memastikan keadilan dapat diteggakkan untuk pengadu dan orang yg kena adu. Kalau dengan begini banyak keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan kepada kes ini, Anwar masih mengatakan Mahkamah kita masih belum adil, tak tahulah PUPP nk komen lagi.

Kita tunggu sajalah babak kedua esok dimahkamah....

Kenapa Perbincaraan Anwar harus Tertutup!!!!!!








Akhirnya, keadilan buat Pembantu Khas Anwar Sdr. Saiful sedang ditimbang tara oleh Mahkamah bermula hari ini. Apa yang dapat dilihat pada hari kedua di Mahkamah ialah sifat manusia dizaman batu yang hilang pertimbangan akal terjerit-jerit, mengganggu Mahkamah yang mulia, tidak menghormati orang ramai dengan mengganggu urusan orang lain dimahkamah. Namun kekecewaan jelas terpancal dari wajah pemimpin yang dipuja oleh puak-puak yang buta hati ini apabila kehadiran penyokong-penyokong mereka yang tak seberapa pada perbicaraan kali ini. Rakyat semakin sedar, untuk apa menyokong manusia yang tidak pernah ada rasa kesal dan insaf dan mempunyai keinginan sex yang luar biasa ini. Kasihan PUPP melihat Kak Wan yang madunya ialah seorang lelaki, bukan satu, tapi dua mungkin tiga atau empat....

Yang menarik perhatian PUPP ialah permohonan Karpal untuk meneruskan pendedahan Saiful ini secara tertutup. Sebagai seorang rakyat marhain, saya yakin seluruh rakyat Malaysia ingin mengetahui kesudahan perlawaan ' Can I F*** You". Harus diingat, ini ialah kes berprofil tinggi dan rakyat punya hak untuk mengetahui setiap perjalanan perbicaraan. Anwar sendiri pernah berkata biar rakyat menjadi hakim. Nahhh...inilah masanya rakyat ingin menjadi hakim. Sebelum rakyat membuat keputusan, rakyat perlu tahu keterangan pendakwaan dan pembelaan, barulah adil. Ini tidak, yang pembelaan boleh didengar, yang pendakwaan tertutup. Beliau sentiasa memperkatakan tentang transparent di mahkamah, jadi apa yang nak ditakutkan. Biarlah seluruh rakyat mengetahu kisah sebenar siapa ANWAR IBRAHIM ini...

Apabila perbicaraan dibuat secara tertutup, mudahlah bagi penyokong-penyokong beliau untuk memutar belitkan fakta melalui tulisan-tulisan mereka dan akan melabelkan "fitnah" kepada tulisan media arus perdana. Inilah taktik lapuk yang sering diguna pakai oleh puak-puak ini. Sebagai Calon Perdana Menteri Malaysia kononnya, beliau harus berani berhadapan dengan pendedahan Saiful dan PUPP percaya peluang pembelaan akan diberikan seluas-luasnya kepada Anwar ini. Tengoklah selepas hampir 2 tahun baru kes ini berjaya dibicarakan. Bayangkan kalau yang didakwa hanya rakyat biasa. Apa istimewanya Anwar ini dari sudut undang-undang!!!!!

Sebagai rakyat marhain yang tidak mudah lupa, kita tidak mahu episod yang sama diulang tayang sekali lagi oleh mereka-mereka yang buta hati ini. Saya pasti banyak lagi scene-scene yang menarik akan diarahkan oleh producer anwar ini dan pengarahnya si Karpal ini untuk men utup kebenaran dari pengetahuan rakyat.

Kepada Sdr. saiful insan kerdil yang hanya mahu menuntut keadilan, PUPP mendoakan diberi kakuatan untuk menghadapi perbicaraan ini. PUPP percaya ALLAH S.A.W akan sentiasa menolong hambanya yang di aniaya.

Ini baru perbicaraan mahkamah dunia, dimahkamah akhirat nanti adakah Karpal keparat ini akan memohon untuk membuat perbicaraan tertutup juga....

Marilah kita sama-sama menilaikannya....Episod Layar Lara baru bermula....

Tuesday, February 2, 2010

MANA DIA AHLI PARLIMENT PERMATANG PAUH!!!!!!!!!!!!!!!!!





Terpanggil dengan nasib yg di alami oleh mangsa yg gerainya telah dirobohkan oleh Kerajaan DAP ini, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Ybhg Dato Abdul Jalil Abdul Majid telah sudi untuk melawat sekali lagi keluarga ini dan menghulurkan bantuan segera bagi meringankan penderitaan mereka. Bantuan jangka panjang menurut Dato Abdul Jalil akan dibincang di peringkat UMNO Bahagian. Dengan bantuan segera ini, diharapkan ianya dapat meringankan beban yg ditanggung oleh mangsa kerakusan LGE ini.

Dimanakan DSAI, tegas Dato' Abdul Jalil. Mana dia pemimpin-pemimpin PKR yang melaung-laungkan keadilan untuk rakyat. Rakyat sentiasa dimomokkan oleh mereka yang merekalah memperjuang dan membela rakyat. Untuk pengetahuan semua, DUN Seberang Jaya ini terletak di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh dan kawasan Kg Belah Dua ini adalah salah satu kubu kuat PKR dan PAS. Didalam masa rakyat memerlukan pembelaan, dimanakah mereka. Hanya sekadar penonton yang membutakan mata dan menghalalkan cara pemerintahan kuku besi ini.

Kepada penyokong-penyokong LGE ini, janganlah terus menyokong membabi buta kerana anda semua dah kena AUTA oleh orang Melaka ini.....

~UMNO JUARA RAKYAT~

ANWAR OH ANWAR.....ADA BUKTI RUPANYA


Peguamcara negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihaknya mempunyai bukti yang kukuh dalam bentuk spesimen air mani bagi mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memang meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.“Pihak pendakwa akan membuktikan kes ini melalui laporan kimia yang menunjukkan air mani diperolehi daripada mangsa,” kata Mohd Yusof yang mengetuai pasukan pendakwa raya dalam perbicaraan yang secara rasmi bermula esok.“Terdapat spesimen yang dikeluarkan dari dubur mangsa. Ini akan membuktikan tembusan memang berlaku,” katanya.


“Apa yang dimiliki oleh pasukan pembela adalah hanya laporan awal daripada doktor yang merawat Mohd Saiful tetapi ia tidak termasuk laporan kimia berhubung spesimen air mani,” tambahnya.Mohd Yusof berkata perkara berkenaan akan dibuktikan ketika perbicaraan apabila doktor dan ahli kimia memberi keterangan.Mereka akan menunjukkan bagaimana tembusan tehadap mangsa dilakukan.


Ada bukti lah pulak! Tadi jumpa saiful pun nuar dah gigil, macam nampak malaikat maut, nuar tahu saiful benar! nuar tahu dia salah! nuar tahu dia akan kalah! nuar tahu dia akan merengkok sebagai pesalah!Kerajaan kena bersedia dengan racun arsenik, sakit tulang belakang, patah leher dan macam-macam madah dan feel berhelah si nuar ni, apapun petang ni bermula babak pertama kehancuran mutlak Anwar! Hancur...hancur! Hancur Anwar!

Monday, February 1, 2010

KERAKUSAN LIM GUAN ENG......

Dato Abdul Jalil turut bersimpati......
Inilah hadiah daripada Kerajaan PR perosak negara


Bayangkan ini terjadi kepada anda....... hilang tempat berteduh

Kerakusan Pakatan Rakyat

Kerakusan dan keegoaan Lim Guan Eng semakin menjadi-jadi di P.Pinang. Terbaru, satu lagi gerai milik melayu di Kampung Pertama, Seberang Jaya telah dirobohkan. Setelah hampir 20 tahun En. Borhan dan isteri mengusahakan perniagaan kecil-kecilan bagi menyara keluarga seramai 11 orang, kini keluarga ini telah hilang arah dan punca pendapatan.
Setelah hampir 8 tahun, tidak pernah kedengaraan isu roboh meroboh ini di P.Pinang, kini ianya semakin menjadi-jadi bermula dengan isu Kg Buah Pala dan kini gerai-gerai kecil terus menjadi sasaran kerajaan yang tidak bertimbang rasa ini.
Ini tindakan yang tak bertamadun tegas Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Dato' Abdul Jalil selepas melawat keluarga malang ini. Pihak UMNO Bahagian akan cuba membantu mencari jalan penyelesaian terbaik buat keluarga ini.
Parti yang dikatakan mampu memberi sinar harapan baru kepada rakyat rupa-rupanya membawa malapetaka yang amat dasyat kepada negeri P.Pinang. Igauan dan mimpi-mimpi buruk yang dulu hanya mainan tidur dan cakap-cakap kedai kopi kini telah menjadi kenyataan yang tak mampu dibendung lagi. Tidak ada rasa keinsafan dan rasa simpati kepada masyarakat berpendapatan rendah ini apabila matlamat untuk melihat satu kaum mundur terus menjadi agenda utama kerajaan PR yang dominasi kuasanya diterajui oleh DAP. Yang mendukacitanya, yang menjadi penyokong kuat kepad setiap tindakan kafir harbi ini adalah seorang muslim yang kononnya memperjuangkan keadilan kepada rakyat. Sanggup menidakkan hakiki hanya kerana ingin menjaga hati rakan dalam barisan rapuh mereka.
Persoalan perundangan sentiasa menjadi alasan kepada tindakan yang tidak bertamadun ini. Inilah yang dikatakan 'undang-undang rimba' apabila kewarasan fikiran didalam mengambil tindakan tidak diguna pakai. Permasalahan ini sememangnya telah wujud sejak dari dulu lagi dan saya percaya dimana-mana sahaja, kita akan berhadapan dengan perkara yang sama. Yang membezakan kebijaksanaan BN dan kebodohan PR ialah kesepakata dan kewarasan dalam mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang melibatkan perundangan dan hukum akal fikiran. Faktor inilah yang menjadikan kerajaan PR semakin hari semakin dilihat tidak berkeupayaan didalam mentadbir negeri. Seperti apa yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru YB Zahrin baru-baru ini, walaupun Ketua Menteri LGE telah melabur begitu banyak belanja untuk menarik pelabur ke P.Pinang, namun akhirnya pelaburan wang rakyat ini hanyalah memberi faedah kepada beliau sendiri untuk bercuti sambil merehatkan diri selepas penat memberi arahan supaya merobohkan semua gerai-gerai peniaga kecil di P.Pinang.
Perubahan dasar-dasar ketelusan yang dinanti-nantikan oleh rakyat telah diterjemahkan oleh PR kini. Apa pulak kejutan yang akan ditayangkan kepada rakyat P.Pinang esok akan terus menjadi igauan mimpi-mimpi ngeri di siang hari. Sanggupkah kita terus dimomokkan oleh cerita-cerita dongeng dalam ceramah-ceramah mereka yang hanya bermatlamatkan kutipan sedekah untuk kantong penceramah mereka.......
Marilah kita berubah, bukan untuk kita tapi untuk anak cucu kita....
~UMNO Juara Rakyat~


Gotong Royong Perdana DUN Permatang Pasir

Ini lah barisan kita yang ikhlas berjuang.....
Sebahagian masyarakat kampung yang hadir
pada majlis peramian penutup Gotong Royong Perdana

Khusyuk mendengar ucapan....


Penat bergotong royong
"kampung bersih....jiwa tenang"


Permatang Pasir 31/01/10 - Gotong royong perdana anjuran Pusat Penyelaras DUN Permatang Pasir telah berjaya diadakan selama 2 hari bermula dari 30/01 sehingga 31/01. Sebanyak 24 kampung seluruh DUN melibatkan hampir 2 ribu rakyat telah bersatu bagi menjayakan program ini yang dijalankan serentak.

Melalui program ini, Pemimpin tempatan dapat bersama-sama mendekati rakyat dan rakyat berpeluang untuk menyatakan segala permasalahan kampung mereka. Ini dapat dilihat melalaui sambutan yang mengalakkan dari seluruh warga Permatang Pasir. Melalui program ini juga, ianya dapat mengeratkan tali persaudaraan masyarakat setempat dan ini seterusnya membuktikan program-program UMNO sentiasa mendekati masyarakat bersesuain dengan slogan keramat UMNO Juara Rakyat yang dilancarkan baru-bari ini.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Ybhg Dato' Abdul Jalil Abdul Majid dan dihadiri oleh Naib Ketua Bahagian yang juga Penyelaras DUN Penanti, Tuan Hj Rahim Hj. Man dan Puan Hjh Normala Bt Hj Abdul, Ketua Wanita UMNO Bahagian Permatang Pauh dan YB Datuk Arif Shah ADUN Seberang Jaya serta pemimpin-pemimpin masyarakat. Menurut Penyelaras DUN Permatang Pasir yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Sdr. Zaidi, matlamat program ini adalah untuk memupuk sifat tolong menolong, berkerjasama dikalangan masyarakat dan sifat tanggungjawab terhadap kebersihan kampung harus dipupuk melalui satu semangat. Ini secara tidak langsung dapat mewujudkan persekitaran yang sihat.

Didalam majlis yang sama, disampaikan juga sumbangan berupa hamper kepada golongan miskin sekitar Permatang Pasir.

Satu lagi program UMNO Juara Rakyat...rakyat didahulukan pencapaian diutamakan....