Tuesday, February 2, 2010

MANA DIA AHLI PARLIMENT PERMATANG PAUH!!!!!!!!!!!!!!!!!





Terpanggil dengan nasib yg di alami oleh mangsa yg gerainya telah dirobohkan oleh Kerajaan DAP ini, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Ybhg Dato Abdul Jalil Abdul Majid telah sudi untuk melawat sekali lagi keluarga ini dan menghulurkan bantuan segera bagi meringankan penderitaan mereka. Bantuan jangka panjang menurut Dato Abdul Jalil akan dibincang di peringkat UMNO Bahagian. Dengan bantuan segera ini, diharapkan ianya dapat meringankan beban yg ditanggung oleh mangsa kerakusan LGE ini.

Dimanakan DSAI, tegas Dato' Abdul Jalil. Mana dia pemimpin-pemimpin PKR yang melaung-laungkan keadilan untuk rakyat. Rakyat sentiasa dimomokkan oleh mereka yang merekalah memperjuang dan membela rakyat. Untuk pengetahuan semua, DUN Seberang Jaya ini terletak di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh dan kawasan Kg Belah Dua ini adalah salah satu kubu kuat PKR dan PAS. Didalam masa rakyat memerlukan pembelaan, dimanakah mereka. Hanya sekadar penonton yang membutakan mata dan menghalalkan cara pemerintahan kuku besi ini.

Kepada penyokong-penyokong LGE ini, janganlah terus menyokong membabi buta kerana anda semua dah kena AUTA oleh orang Melaka ini.....

~UMNO JUARA RAKYAT~

No comments:

Post a Comment