Monday, February 1, 2010

KERAKUSAN LIM GUAN ENG......

Dato Abdul Jalil turut bersimpati......
Inilah hadiah daripada Kerajaan PR perosak negara


Bayangkan ini terjadi kepada anda....... hilang tempat berteduh

Kerakusan Pakatan Rakyat

Kerakusan dan keegoaan Lim Guan Eng semakin menjadi-jadi di P.Pinang. Terbaru, satu lagi gerai milik melayu di Kampung Pertama, Seberang Jaya telah dirobohkan. Setelah hampir 20 tahun En. Borhan dan isteri mengusahakan perniagaan kecil-kecilan bagi menyara keluarga seramai 11 orang, kini keluarga ini telah hilang arah dan punca pendapatan.
Setelah hampir 8 tahun, tidak pernah kedengaraan isu roboh meroboh ini di P.Pinang, kini ianya semakin menjadi-jadi bermula dengan isu Kg Buah Pala dan kini gerai-gerai kecil terus menjadi sasaran kerajaan yang tidak bertimbang rasa ini.
Ini tindakan yang tak bertamadun tegas Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Dato' Abdul Jalil selepas melawat keluarga malang ini. Pihak UMNO Bahagian akan cuba membantu mencari jalan penyelesaian terbaik buat keluarga ini.
Parti yang dikatakan mampu memberi sinar harapan baru kepada rakyat rupa-rupanya membawa malapetaka yang amat dasyat kepada negeri P.Pinang. Igauan dan mimpi-mimpi buruk yang dulu hanya mainan tidur dan cakap-cakap kedai kopi kini telah menjadi kenyataan yang tak mampu dibendung lagi. Tidak ada rasa keinsafan dan rasa simpati kepada masyarakat berpendapatan rendah ini apabila matlamat untuk melihat satu kaum mundur terus menjadi agenda utama kerajaan PR yang dominasi kuasanya diterajui oleh DAP. Yang mendukacitanya, yang menjadi penyokong kuat kepad setiap tindakan kafir harbi ini adalah seorang muslim yang kononnya memperjuangkan keadilan kepada rakyat. Sanggup menidakkan hakiki hanya kerana ingin menjaga hati rakan dalam barisan rapuh mereka.
Persoalan perundangan sentiasa menjadi alasan kepada tindakan yang tidak bertamadun ini. Inilah yang dikatakan 'undang-undang rimba' apabila kewarasan fikiran didalam mengambil tindakan tidak diguna pakai. Permasalahan ini sememangnya telah wujud sejak dari dulu lagi dan saya percaya dimana-mana sahaja, kita akan berhadapan dengan perkara yang sama. Yang membezakan kebijaksanaan BN dan kebodohan PR ialah kesepakata dan kewarasan dalam mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang melibatkan perundangan dan hukum akal fikiran. Faktor inilah yang menjadikan kerajaan PR semakin hari semakin dilihat tidak berkeupayaan didalam mentadbir negeri. Seperti apa yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru YB Zahrin baru-baru ini, walaupun Ketua Menteri LGE telah melabur begitu banyak belanja untuk menarik pelabur ke P.Pinang, namun akhirnya pelaburan wang rakyat ini hanyalah memberi faedah kepada beliau sendiri untuk bercuti sambil merehatkan diri selepas penat memberi arahan supaya merobohkan semua gerai-gerai peniaga kecil di P.Pinang.
Perubahan dasar-dasar ketelusan yang dinanti-nantikan oleh rakyat telah diterjemahkan oleh PR kini. Apa pulak kejutan yang akan ditayangkan kepada rakyat P.Pinang esok akan terus menjadi igauan mimpi-mimpi ngeri di siang hari. Sanggupkah kita terus dimomokkan oleh cerita-cerita dongeng dalam ceramah-ceramah mereka yang hanya bermatlamatkan kutipan sedekah untuk kantong penceramah mereka.......
Marilah kita berubah, bukan untuk kita tapi untuk anak cucu kita....
~UMNO Juara Rakyat~


No comments:

Post a Comment