Monday, February 15, 2010

KERAKUSAN PR P.PINANG




Selepas 2 tahun P.Pinang dijajah oleh Pakatan Rapuh, tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan pencapaian mereka. Pelaburan yang dijanjikan dibawa masuk ke P.Pinang masih lagi menjadi mimpi-mimpi indah mereka. Walaupun jutaan ringgit wang rakyat P.Pinang dilaburkan untuk misi mencari pelabur-pelabur di luar negara, hasilnya masih lagi tidak dapat dilihat. Dari sudut perkembangan ekonomi, tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan pencapaian mereka selain daripada retorik ceramah dan angan-angan mat jenin mereka untuk menawan Putrajaya.
Yang menariknya, ketaksuban JKKKN menawan dewan-dewan orang ramai dan pasar malam sekitar P.Pinang. Ketakmakan mereka ini jelas apabila dikawasan bandar yang tidak mempunyai JKKKN, mereka masih mencari jalan untuk mengawal sebanyak mungkin dewan orang ramai ini walaupun mereka telah mempunyai dewan dikawasan mereka. Bukan sahaja dewan-dewan yang dikuasai oleh orang UMNO kononnya tapi dewan-dewan yang diuruskan oleh Persatuan-Persatuan yang tidak ada kena mengena dengan politik diganggu. Persatuan-persatuan ini mempunyai aktiviti-aktiviti persatuan yang berjalan untuk kebaikan penduduk sekitar, namun kerakusan kuasa yang ada kepada orang-orang khususnya daripada PKR ini ibarat seperti hilang akal, menggunakan kedudukan kuasa politik mereka untuk menawan dewan-dewan ini.

Bukan sahaja dewan-dewan, tapi pasar-pasar malan sekitar Seberang Perai dirampas melalui MPSP. Lesen dibatalkan serta merta dan pasar malam ini dirampas dengan angkuhnya dengan alasan merekalah yang berkuasa. Dulunya banyak persatuan-persatuan penduduk yang mentadbir pasar malam ini yang mana hasil daripada kutipan tapak akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan penduduk-penduduk setempat. Namun akibat gilakan kepada wang hasil kutipan pasar malam ini, mereka dengan rakusnya merampas hak orang lain yang bertungkus lumus memulakan dan mentadbir pasar malam ini sejak sekian lama.

Inilah kerja dan hasil yang dilakukan oleh puak-puak PR ini. Yang kecil-kecil digulakan kepada orang-orang melayu PAS dan PKR. Yang besar-besar, semuanya untuk puak-puak DAP yang dikepalai oleh LGE yang tidak ada kelas itu dan dihangguk oleh pengkianat bangsa si Anwar Ibrahim.....

Malaysia lebih aman tanpa Anwar anak Ibrahim..................

~UMNO Juara Rakyat~

No comments:

Post a Comment