Sunday, February 14, 2010

LGE THE TWISTER











Seminggu yang lepas, P.Pinang dilanda dengan berbagai isu-isu politik yang melibatkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DAP. Perbagai nas-nas dan hujah-hujah yang melibatkan ketidakcekapan LGE mentadbir negeri P.Pinang dan kebodohan exco-exco Negeri yang terus menidakkan segala tohmahan terhadap Ketua mereka.

Bermula dengan isu Kg Buah Pala, LGE menyalahkan kerajaan BN yang menjadi punca kepada permasalahan ini. Isunya, janji Pilihanraya Pakaran Rakyat untuk 'membela' kononnya penduduk Kg Buah Pala ini yang akhirnya melihat kepada kemungkiran janji-janji yang ditabur oleh mereka.

Soal tol Sg. Nyiur juga menjadi sebahagian janji-janji mereka untuk menghapuskan kutipan tol yang sampi kini masih lagi belum tertunai.

Soal penukaran status tanah di P.Pinang dimana LGE dengan berani menidakkan dakwaan penukaran status tanah ini didalam Dewan yang mulia yang akhirnya kebenaran telah mengesahkan perubahan status tanah ini melalui minit mesyuarat jelas membuktikan LGE kaki putar alam.

Isu perobohan secara besar-besaran gerai-gerai peniaga kecil P.Pinang terus mencengkam kerisauan kepada seluruh warga peniaga-peniaga kecil yang sehingga kini masih belum mendapat jawapan yang sahih dari LGE selain daripada kenyataan-kenyataan yang diibaratkan seperti melepaskan batuk ditangga.

Isu pengagihan projek yang kononnya kontraktor Bumiputera mendapat agihan yang terbesar terus dipersoalkan oleh seluruh warga kontraktor kelas F P.Pinang. Desakan supaya didedahkan jumlah nilai projek masih lagi belum terjawab dan terus menjadi teka-teki.

Isu perarakan Maulidul Rasul yang diharamkan oleh Kerajaan P.Pinang dan dinafikan oleh LGE dan konconya Malik terus dipertikaikan melalui bukti surat rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Ketua-Ketua Jabatan menjadi penanda aras kepada penolakkan DAP terhadap kesucian Ugama Islam dan pengiktirafan Ugama Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia.

Kelangsungan kepada sebahagian isu-isu yang dibangkitkan oleh PUPP ialah pendedahan Datuk Seri Zahrain terhadap kepincangan pentadbiran DAP P.Pinang dan kejumukkan Penasihat PKR Anwar Ibrahim yang terus menjilat LGE semata-mata ingin mencari political mileage bagi terus mendapat sokongan dari golongan kafir harbi ini. PAS pula terus menjadi budak suruhan DAP untuk acara-acara demonstarsi jalanan dan menjadi jambatan kepada majlis-majlis penderhakaan kepada Raja-Raja Melayu, memutarbelitkan fakta kehamonian Islam dan menjadi penceramah murahan yang mendapat upah yang tinggi melalui ceramah-ceramah yang sedang giat dilakukan di P.Pinang bagi menjilat segala kelemahan LGE ini.

Ini belum lagi kupasan-kupasan dari Kedah, Selangor, Kelantan dan yang terbaru di Perak. Memutarbelitkan fakta terus menjadi mainan politik mereka dan yang menjadi kemuskilan PUPP ialah sebahagian rakyat percaya dan tidak pernah berfikir secara rasional segala fitnah yang dilemparkan oleh mereka.

Bayangkan jika 16 September menjadi realiti? Adakah budaya melompat parti ini dan menidakkan hak rakyat yang kononnya sedang berlaku di Perak akan ditentang oleh mereka.

Pendedahan demi pendedahan oleh orang kuat PKR dan PAS sendiri berkenaan permasalahan dalam PKR tidak pernah dinilai secara positif oleh penyokong-penyokong fanatik mereka.

Soal penjualan Arak di Selangor dan pencabulan kuasa oleh EXCO Selangor sendiri terhadap isu ini terus dipandang sepi oleh pemimpin PAS........

Soal kandang babi dikedah yang membawa kepada keluarnya pakatan DAP yang akhirnya MB menurut segala kemahuan mereka terus menjadi igauan buruk PAS dalam menghadapi tekanan daripada DAP.

Jelaslah, jarum-jarum DAP sedang menular didalam PR dan dalang kepada segala kemungkaran dan perpecahan kerohanian masyarakat majmuk Malaysia ini ialah Anwar Ibrahim....

Sedarlah, Anwar Ibrahim akan melakukan segalanya hanya untuk kuasa......Sebelum kita dimaki oleh anak cucu kita, marilah kita musnahkan Pakatan yang menjahanamkan kemakmuran negara. Pakatan yang bersekongkol dengan KAFIR HARBI yang tidak ingin melihat dakwah Islam terus berkembang di negara ini. Pakatan yang bersekongkol dengan rejim Yahudi dan Nasrani ini harus ditumbangkan dan dikuburkan demi kesejahteraan negara tercinta ini.

Inilah hak yang ada pada seluruh rakyat Malaysia untuk menolak Pakatan Rapuh ini melalui PRU 13 yang akan datang. Moga Malaysia diselamatkan oleh 'Rejim' yang ingin menjajah minda kita, pemikiran kita......dan kewarasan kita......



No comments:

Post a Comment