Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah berkata, ini kerana memperingati Nabi Muhammad merupakan sunat muakad yang tertinggi dalam menghayati sejarah serta perjuangan baginda yang dapat menginsafkan diri setiap umat Islam.Sehubungan itu, beliau menganggap sebarang pandangan yang menganggap hari keputeraan baginda itu tidak perlu disambut sebagai bertentangan dengan akidah."Dia termasuk dalam orang yang mengharamkan ijtihad kerana hukum ini ialah dalam empat perkara iaitu al-Quran, hadis, sunnah dan kias (ijtimak ulamak)."Siapa yang menolak ini tak bolehlah kerana boleh diibaratkan macam sesat jadi bila sesat wajib kita tentang," ujar beliau di sini hari ini.
Abdullah yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengenai sebab utama Maulidur rasul tidak disambut di negeri ini.Ketika ditemui semalam, Nik Abdul Aziz berkata, bulan Maulud tidak mempunyai fadilat dan sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan.Bagaimanapun beliau berkata, corak pentadbiran yang diamalkan kerajaan negeri telah menerapkan nilai Maulud yang sebenarnya.Abdullah menjelaskan, Maulidur rasul perlu disambut sebagai tanda orang Islam menyayangi baginda dan mengeratkan hubungan kerohanian antara baginda dengan umatnya.
Tegasnya, Allah sendiri memuliakan nabi maka adalah sunat bagi umat manusia turut meraikan hari kelahiran baginda."Apa ini maulud..maulud merupakan perhimpunan untuk memuji dan memperingati hari kelahiran nabi dengan mengadakan jamuan sedekah dan membaca kisah-kisah mengenai nabi."Nabi tak pernah larang dan tak pernah suruh tetapi zaman sahabat baginda dulu mereka meraikan kedatangan maulud dengan cara itu," tegas beliau
Sumber: Neutradaily
Yang menjadi kemusyikalan PUPP, di P.Pinang, tidak pula diharamkan perarakan Thaipusam atau pun Pesta Tanglon. Ini jelas menunjukkan DAP di P.Pinang sedang memasang perangkap untuk terus melemahkan umat Islam. Yang menjadi pak turut mereka tentulah juak-juak PAS yang mengiyakan segala fatwa yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Lim Guan Eng si kafir harbi ini. Usah bicara soal Anwar Ibrahim, kerana sememangnya beliau tidak pernah ambik kisah apa akan berlaku kepada umat Islam melainkan menyelamatkan beliau dan menggunaka rakyat dan siapa sahaja untuk mencapai cita-cita dan angan-angan Mat Jenin beliau......
Nama Allah telah dipermainkan sebelum itu. Dulu lagi. Jika kita masih ingat, siapa yang mengeluarkan kenyataan "Allah mencarut!", Nik Aziz. Sekali lagi dalam isu penggunaan nama Allah, dia kata boleh digunakan oleh agama-agama lain sedangkan penggunaan tersebut merujuk kepada penggunaan nama tuhan agama lain, tanpa melihat keterperincian suasana di dlam negara. Apabila ada persoalan Tuhan (God) mempunyai anak dan perkataan Tuhan itu diganti dengan Allah bagi penggunaan Kristian di dalam Bible, beliau pusing pula 360 darjah dalam kenyataannya (itu sebab PM Najib kata Nik Aziz ibarat cuaca). Kini sekali lagi Nik Aziz kata, perarakan Maulud tidak bersirah dan tidak ada syiarnya. Peliknya dia mengaku sebagai Tok Guru (gelaran yang sengaja diberikan oleh Pas dan mengangkat-angkat gelaran itu. Seperti mana juga DAP menghadiahkan "Tuan" kepada YB-YB mereka - angkat bakul sendiri).
ReplyDeleteNik Aziz jelas mengeluarkan kenyataan politik yang digaul dan dikeluarkan dalam bentuk imej agamanya, sedangkan asas kepentingannya adalah politik untuk menipu persepsi orang ramai.
Nabi Muhammad Rasulullah (SAW), diangkat Allah sebagai kekasihNya. Seorang manusia hebat dan sempurna yang dirinya sendiri merupakan translasi pengisian Al-Quran. Allah hadiahkan Islam kepada umat akhir zaman melalui sirah dan dakwah yang dibawa baginda. Sirah disebaliknya adalah untuk memperingati kehadiran islam itu di muka bumi ini sendiri, malah dengan memperingati pada satu tarikh yang tertentu yang disambut di seluruh dunia, maka Syiar Islam itu sendiri dilaungkan dengan gah. Seperti mana juga solat-solat berjemaah yang ramai orang islam dikumpulkan sekali, khususnya pada hari Jumaat adalah bagi menggambarkan syiar Islam itu sendiri yang mana terdapat begitu banyak kebaikan yang tersirat di sebaliknya.
Saudara-saudara kita di Thailand acapkali menyatakan bersyukurnya umat islam di Malaysia, tidak seperti mereka. Betapa bertuahnya dapat menyambut Mailidurrasul dengan berhimpun dan berarak, sedangkan mereka tidak berpeluang langsung mengadakan perkara yang sama di tanah tumpah darah mereka. Begitupun masjid yang begitu daif yang mengharapkan sumbangan ramai, tidak seperti di malaysia yang serba senang dan mudah mengembangkan syiar islam. Ini kan pula Nik Aziz mahu menutup tradisi amalan menganggungkan-aggungkan Islam dalam satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab.