Sunday, January 31, 2010

LIM GUAN ENG CAUVINIS!!!!!!!!!



Saya sedih melihat nasib melayu P.Pinang yg terpaksa merayu agar mereka tidak ditindas. Agenda sebenar politik DAP yang bersekongkol dengan Parti yang kononya islam PAS dan Parti yang entah apa matlamatnya selain daripada menyelamatkan Ketuanya DSAI telah menampakkan belangnya yang sebenar. Pendedahan YB Zahrin yang juga bekas Pengerusi PKR Negeri telah membongkar matlamat sebenarnya parti DAP ini. Lim Guan Eng (LGE) yang asyik menobatkan falsafah Saidina Umar Abdul Aziz dalam ucapan yg cuba memperbodohkan rakan kongsi mereka PAS dan PKR telah membuatkan orang-orang Islam dalam Pakatan leka dan kesempatan ini diambil sebaik mungkin untuk memperbodohkan umat Islam P.Pinang. Gula-gula Hacks diberi kepada umat Islam P.Pinang namun aiskrim dibelakangnya dihulurkan kepada kaum yang sama waktu denganya.

Idiologi cauvinis sememangnya telah menjadi landasan perjuangan DAP. Ini telah dapat dibuktikan dengan semangat Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh mereka sejak dulu lagi. Keakraban dalam PR hanyalah lakonan semata-mata bagi meraih sokongan masyarakat melayu untuk menerima mereka. Yang menjadi Tok Dalangnya, tidak lain tidak bukan pelakon tersohor tanah air DSAI dengan matlamat yang menghalalkan caranya.

Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan berasaskan kepada perjuangan membela peribadi. Dan sekali lagi momentem ini sedang rancak digerakkan menjelang perbicaraan beliau yang mungkin akan ditangguhkan lagi. Kalau dah mempunyai alibi, apa yang nak ditakutkan!!!! Biarlah mahkamah yang menentukan. Mahkamah juga yang telah membebaskan beliau dulu. Matlamt DSAI hanyalah berpaksikan kerakusan untuk memiliki kuasa. Akhirnya, beliau dengan sewenang-wenangnya mempertaruhkan agama dan bangsa bagi menjayakan percaturan politiknya yang keuntungannya dinikmati oleh oleh bukan Islam. Pendirian beliau dalam banyak hal telah menimbulkan kesangsian rakyat dan diantaranya membenarkan Ching Peng pulang, menyokong agenda DAP menuntut hak kesamarataan dan menolak dasar DEB. Yang paling tidak dapat diterima masyarakat Islam ialah membenarkan penggunaan kalimah ALLAH bagi gereja katholik dan mempersendakan tolaransi kaum di Malaysia.

Satu demi satu pemimpin mereka keluar parti. Kini PKR semakin koyak rabak dan tinggalah segelintir pelampau-pelampau PKR yang terus menyanjungi DSAI atas sebab-sebab yang kurang jelas. Rakyat memang wajar bertanya adakah mereka telah tersalah pilih akibat kekeliruan yang melampau yang dicanangkan oleh pengkianat ini.

Dan sekali lagi, DSAI terus menyokong dasar DAP di P.Pinang apabila terus meyokong kenyataan dari LGE dan mengecam orang yang pernah menjadi tulang belakang PKR di P.Pinang hanya kerana menceritakan kebenaran. Apa yang telah dinyatakan oleh Zahrin telah lama dibangkitkan oleh UMNO dan BN. Sebab yang membuatkan Zarin terpanggil membuka pekung PR hanya ALLAH S.W.T sahaja yang maha mengetahui. Namun kebenaran tetap kebenaran. Janji yang dilaungkan setiap ceruk dan rantau untuk mewujudkan kerajaan yang bersih di P.Pinang hanyalah lakonan semata-mata apabila Ketua Menteri sendiri terlibat dalam kerja-kerja pengagihan projek di P.Pinang. Maka wujudlah "KAWAN DIDAHULUKAN, JANJI DILUPAKAN". Mana pergi Integriti yang dilaung-laungkan oleh mereka. Mana perginya sistem tender terbuka, mana perginya Pilihanraya Majlis Perbandaran, Tol Sg Nyiur masih lagi tersergam indah, dasar sama rata yang memihak kepada hanya puak-puak mereka dan penghapusan peluang-peluang Bumiputra di P.Pinang menjadi detik permulaan kebangkitan dan kesedaran masyarakat P.Pinang. Gerakan menjadikan P.Pinang sebagai Singapora 2 sedang rancak dilaksanakan. Lihatlah projek-projek perumahan dibahagian Pulau yang nilainya mencecah ratusan ribu malahan jutaan ringgit dengan hanya tujuan menarik kaum cina untuk berhijrah ke P.Pinang. Mereka semakin gusar, majoriti masyarakat melayu di P.Pinang semakin bertambah dan usaha-usaha mengecilkan kaum melayu dilaksanakan dengan terancang.

Sesungguhnya ada jerat besar sedang menanti kita wahai umat Islam dan ini bukan hanya bayang-bayang lagi....




Seminar PIBG dan Motivasi Pelajr Cemerlang Permatang Pauh

Pengarah Pendidikan Negeri

Tuan Hj Ibrahim Mohd



Ketua UMNO Bahagian

Dato' Abdul Jalil


Sebahagian yang hadir




UMNO Juara Rakyat

Bulan Pendidikan


Permatang Pauh 31/1/10 - Bertempat di Sekolah Menengah Guar Perahu, telah berlangsung satu lagi Program Juara Rakyat Bulan Pendidikan anjura Biro pendidikan UMNO Bahagian Permatang Pauh. Program seminar yang melibatkan PIBG seluruh Parlimen Permatang Pauh dan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM ini dihadiri kira-kira 200 orang.


Program yang dibahagikan kepada dua kumpulan ini yang melibatkan Seminar untuk PIBG dan Program Motivasi Pelajar telah bermula seawal 8 pagi hingga lah berakhir jam 1:30 tengahari ini telah dirasmikan Majlis Penutupan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Negeri P.Pinang, Tuan Hj Ibrahim Mohd.


Dalam ucapan alu-aluan Pengerusi Biro Pendidikan Tuan Hj Wahab Raof, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini. Matlamat program ini adalah untuk memberi maklumat dan rumusan kepada permasalahan pelajar-pelajar dan mencari kaedah terbaik bagi menangani masalah disiplin di sekolah.


Ucapan Ybhg Dato' Abdul Jalil pula menekankan keperluan pelajar-pelajar kita menjadi lebih inovatif dan semangat berlumba-lumba bagi mencapai matlamat hidup. Untuk menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang maju, pelajar-pelajar zaman ini harus menjadikan matlamat dan hala tuju sebagai landasan mencapai impian. Beliau juga menekankan keperluan ibu bapa, Persatuan PIBG sekolah dan guru-guru untuk berganding bahu bagi memastikan masalah disiplin pelajar-pelajar sekolah ini dapat ditangani dengan bijaksana. Program Juara Rakyat Bulan Pendidikan ini akan terus menjadi landasan terbaik untuk rakyat menilai kesungguhan Kerajaan dan Parti UMNO untuk terus mendekati rakyat dan menjadi Juara kepada segala permasalah Rakyat.


Majlis berakhir dengan ucapan Perasmian Penutup Program oleh Pengarah Pendidikan Negeri, Tuan Hj Ibrahim Mohd. Turut serta Pegawai Pelajaran Daerah, Tuan Hj. Khalid Ahmad, Pengetua Sekolah Menengan Guar Perahu dan ASP Mohd Naim dari IPD Seberang Perai Tengah.

Saturday, January 30, 2010


Kalau dah duduk dan berdiri berucap di atas pentas Pakatan Haram, semua orang baik yang memang orang UMNO ataupun hanya sekadar penyokong BN akan mudah menjadi lupa akan apa yang pernah mereka sendiri pernah ucapkan satu ketika dulu.Begitu juga dengan apa yang telah dialami oleh Ahli Parlimen Gua Musang yang dulu juga dulu pernah menjadi Pengerusi Petronas iaitu Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah, baru saja semalam beliau duduk bersila diatas satu pentas bersama MB Kelantan YAB Datuk Nik Aziz beserta dengan beberapa lagi pemimpin Pakatan Haram yang lainnya bercerita tentang isu royalty minyak untuk negeri Kelantan, beliau sudah lupa dengan apa yang pernah beliau katakan sepuluh tahun yang lalu berkaitan isu yang sama tapi dulu isu royalty minyak Terenggan yang dituntut oleh kerajaan PAS yang ketika itu memerintah Terengganu.
Sebenarnya Timbalan Menteri Kewangan YB Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein telah mempersoalkan kenyataan yang dibuat oleh Ku Li berkaitan dengan tuntutan oleh Kerajaan PAS Kelantan sekarang yang jelas bertentangan dengan apa yang pernah Ku Li jelaskan sepuluh tahun yang lampau membabitkan tuntutan oleh PAS yang mentadbir Terengganu pada waktu itu berkenaan dengan isu yang sama iaitu royalty minyak.Apakah tindakan terbaru Ku Li ini boleh disifatkan sebagai apa yang pernah dikatakan orang dulu-dulu, "seperti meludah ke langit" atau "seperti menepuk air didulang" atau "pelanduk selalu lupa pada jerat tetapi jerat tidak pernah lupa pada pelanduk" ...begitu ? Apa-apapun Ku Li mesti mau ingat bahawa 'Sejarah tidak pernah menipu'... Utusan Malaysia 01hb November 2000, dengan Tajuk Berita - "Minyak: Penjelasan Ku Li" sebagai buktinya.

Friday, January 29, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH CEMERLANG UPSR DAN PMR PARLIMEN PMTG PAUH

Sebahagian pelajar cemerlang PMR dan UPSR 2009 Parlimen Pmtg Pauh
Penyampaian penghargaan disempurnakan
Pegawai Pendidikan Daerah Tn Hj. Khalid Ahmad



Sebahagian waris yang turut serta


Tekun mendengar taklimat kepenggunaan

Permatang Pauh, 30 Januari 2009 - Seramai 290 pelajar dari seluruh Parlimen Permatang Pauh telah diraikan dalam satu majlis penghargaan kecemerlanganPMR dan UPSR di Bangunan UMNO Permatang Pauh hari ini. Daripada 290 orang pelajar, 229 pelajar terdiri daripada pelajar cemerlang yg telah mendapat 5A dari 15 sekolah dan 61 pelajar daripada 14 sekolah yang telah mendapat 8A dalam peperiksaan PMR 2009.
Program yang bermula dari pukul 9 pagi telah dimulakan dengan Pertandingan Bercerita yang disertai oleh 8 orang dari kalangan anak-anak sekolah rendah sekitar DUN Penanti. Hampir 2 ribu orang telah memenuhi setiap ruang perkarangan Bangunan UMNO Bahagian Permatang Pauh bersama-sama meraikan Program Juara Rakyat yang pertama anjuran Biro Pendidikan UMNO Bahagian Permatang Pauh. Menurut Pengerusi Biro Tuan Haji Wahab Raof, Program pada tahun ini telah melibatkan seluruh pelajar-pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang daripada semua sekolah-sekolah seluruh Parlimen Permatang Pauh. Susulan daripada bulan UMNO Juara Rakyat Pendidikan, pada 31 Januari 2010 akan diadakan Seminar PIBG Parlimen Permatang Pauh yang akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu. Disamping Seminar PIBG, juga diadakan Program Motivasi Pelajar PMR dan SPM pada hari yang sama. Ini menunjukkan UMNO begitu perihatin dalam melaksanakan aktiviti pendidikan bagi memastikan pelajar-pelajar ini akan mendapat keputusan yang cemerlang kata beliau.
UMNO Permatang Pauh akan terus mendekatkan diri dengan rakyat dan sentiasa akan merasai denyutan nadi rakyat dalam mencapai matlamat UMNO Juara Rakayat kata Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Dato' Abdul Jalil Abdul Majid. Katanya lagi, UMNO akan terus membela nasib rakyat tanpa mengira fahaman politik dan pendekatan turun padang akan dilaksanakan bagi memastikan matlamat Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan tercapai. Majlis penyampaian penghargaan ini telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah Tuan Hj. Khalid Ahmad. Turut serta dalam program ini ialah Naib Ketua UMNO Tuan Hj Rahim Man, Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian yang juga Penyelaras KADUN Permatang Pasir Sdr. Zaidi, Ketua Pergerakan Wanita Bahagian, Puan Hjh Normala Abdul,
dan seluruh Ahli Jawatankuasa Bahagian.





Nostalgia1957


Inilah barisan kepimpinan UMNO Bahagian Simpang Empat di sekitar tahun 1957 yg kini telah dikenali sebagai UMNO Bahagian Permatang Pauh. Inilah wajah-wajah pejuang-pejuang bangsa yang punya semangat yang nilainya bukan dari pangkat dan harta.
Semangat inilah yang harus ada pada kita bagi meneruskan perjuangan tinggalan mereka-mereka yang ingin melihat kita terus aman selesa dan makmur di bumi yang bertuah ini.
Kenikmatan yang kita kecapi ini adalah hasil perjuangan murni mereka pejuang bangsa yang ditinggalkan kepada kita dan apakah kita ingin terus mempersia-siakan keringat dan pengorbanan mereka. Bangunlah wahai pahlawan-pahlawan ku, rapatkan barisan, kukuhkan persaudaraan, zahirkan hasrat murni impian President UMNO yang kita kasihi agar kita sentiasa merasai deyut nadi rakyat. Jadikanlah kita Juara Rakyat.......
Sumber dari laman FB Megat Pisau.....
UMNO Juara Rakyat..........

Budaya Songsang Pakatan Songsang

Assalamualaikum
Sepanjang pengamatan saya dan rakan-rakan, inilah strategi dan budaya songsang yang sedang disemai oleh gerombolan pembangkang. (Saya lebih gemar menggunakan istilah gerombolan daripada pakatan kerana rakyat tidak pernah bersetuju dengan pakatan songsang mereka!).
1. Kecam, hina polis supaya hilang kredibiliti
2. Perlekeh profesionalisme kedoktoran
3. Jangan percaya institusi kehakiman
4. Budaya taksub bermaharajalela
5. Budaya menggunakan akal dan pemikiran rasional hampir lenyap
6. Budaya emosional dan mainan sentimen berkembang subur
7. Benar atau salah tentang sesuatu perkara sudah dipindahkan darimahkamah kepada rakyat memutuskannya.
8. Budaya tuntut-menuntut hak oleh semua kaum makin subur atas nama kesamarataan.
9. Budaya menolak perlembagaan dan segala yang telah termaktub.
10. Budaya menolak hak istimewa sendiri di kalangan melayu turut berkembang.
11. Budaya prejudis dan jahat sangka berkembang biak
12. Budaya bebas melemparkan apa juga tuduhan kepada musuh sudah diterima masyarakat
13. Budaya membunuh karakter pemimpin dengan pelbagai label dan tuduhan menjadi kaedah utama untuk menghakis pengaruh pemerintah.
14.Budaya mengalih perhatian dan membangkit sentimen rakyat berleluasa.
15.Budaya teori konspirasi menjadi helah/senjata melindungi diri dari tuduhan.
16. Budaya membuat pendirian melalui persepsi sudah menjadi amalan
17. Budaya menerima cakap dengar dikira sebagai bukti sudah bersalah kalau yang dituduh itu musuh.
18. Budaya menanam rasa benci, jahat sangka dan prejudis pada institusi pemerintah sudah menjadi kelaziman.
19. Undang-undang diletak di tangan sendiri.
20.Budaya meletak Anwar dan pemimpin pembangkang lebih tinggi dariundang-undang sedang bermaharajalela.
21. Undang-undang rimba sudah diterima masyarakat.
22. Budaya menjual fatwa “ulama” parti sendiri, yang sesuai dengan kepentingan dan nafsu sudah menjadi permainan.

Thursday, January 28, 2010

GOTONG ROYONG 1 MALAYSIA DUN PENANTI


















Pemimpin Bahagian yang bersatu

















Bersama-sama berganding bahu















Ucapan dari Ketua Bahagian Dato' Abdul Jalil

Penanti 10 Jan 2010 -
Gotong royong 1 Malaysia Dun Penanti telah berjaya dilaksanakan di Taman Guar Perahu ini dilihat dapat memberi impak yang besar kepada UMNO Permatang Pauh dalam menjalin hubungan diantara penduduk dan pimpinan setempat khususnya UMNO Permatang Pauh.
Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh berserta Ketua Pemuda Bahagian Sdr. Zaidi, Ketua Wanita Bahagian, Puah Hjh Normala dan barisan kepimpinan Bahagian turut bersama - sama penduduk dari pagi hingga tengahari , menurut Dato’ Hj Abdul Jalil program ini telah dibahagikan kepada 3 kawasan Dun di dalam Parlimen Permatang Pauh. Pada 31 Januari ini akan mengadakan program gotong royong ini di kawasan Dun Permatang Pasir selepas itu di Dun Seberang Jaya pula .
Menurut beliau program - program yang mendekatkan pemimpin dengan masyarakat akan terus berjalan dan UMNO Permatang Pauh telah merangka beberapa program di dalam kawasan .