Sunday, January 31, 2010

LIM GUAN ENG CAUVINIS!!!!!!!!!



Saya sedih melihat nasib melayu P.Pinang yg terpaksa merayu agar mereka tidak ditindas. Agenda sebenar politik DAP yang bersekongkol dengan Parti yang kononya islam PAS dan Parti yang entah apa matlamatnya selain daripada menyelamatkan Ketuanya DSAI telah menampakkan belangnya yang sebenar. Pendedahan YB Zahrin yang juga bekas Pengerusi PKR Negeri telah membongkar matlamat sebenarnya parti DAP ini. Lim Guan Eng (LGE) yang asyik menobatkan falsafah Saidina Umar Abdul Aziz dalam ucapan yg cuba memperbodohkan rakan kongsi mereka PAS dan PKR telah membuatkan orang-orang Islam dalam Pakatan leka dan kesempatan ini diambil sebaik mungkin untuk memperbodohkan umat Islam P.Pinang. Gula-gula Hacks diberi kepada umat Islam P.Pinang namun aiskrim dibelakangnya dihulurkan kepada kaum yang sama waktu denganya.

Idiologi cauvinis sememangnya telah menjadi landasan perjuangan DAP. Ini telah dapat dibuktikan dengan semangat Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh mereka sejak dulu lagi. Keakraban dalam PR hanyalah lakonan semata-mata bagi meraih sokongan masyarakat melayu untuk menerima mereka. Yang menjadi Tok Dalangnya, tidak lain tidak bukan pelakon tersohor tanah air DSAI dengan matlamat yang menghalalkan caranya.

Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan berasaskan kepada perjuangan membela peribadi. Dan sekali lagi momentem ini sedang rancak digerakkan menjelang perbicaraan beliau yang mungkin akan ditangguhkan lagi. Kalau dah mempunyai alibi, apa yang nak ditakutkan!!!! Biarlah mahkamah yang menentukan. Mahkamah juga yang telah membebaskan beliau dulu. Matlamt DSAI hanyalah berpaksikan kerakusan untuk memiliki kuasa. Akhirnya, beliau dengan sewenang-wenangnya mempertaruhkan agama dan bangsa bagi menjayakan percaturan politiknya yang keuntungannya dinikmati oleh oleh bukan Islam. Pendirian beliau dalam banyak hal telah menimbulkan kesangsian rakyat dan diantaranya membenarkan Ching Peng pulang, menyokong agenda DAP menuntut hak kesamarataan dan menolak dasar DEB. Yang paling tidak dapat diterima masyarakat Islam ialah membenarkan penggunaan kalimah ALLAH bagi gereja katholik dan mempersendakan tolaransi kaum di Malaysia.

Satu demi satu pemimpin mereka keluar parti. Kini PKR semakin koyak rabak dan tinggalah segelintir pelampau-pelampau PKR yang terus menyanjungi DSAI atas sebab-sebab yang kurang jelas. Rakyat memang wajar bertanya adakah mereka telah tersalah pilih akibat kekeliruan yang melampau yang dicanangkan oleh pengkianat ini.

Dan sekali lagi, DSAI terus menyokong dasar DAP di P.Pinang apabila terus meyokong kenyataan dari LGE dan mengecam orang yang pernah menjadi tulang belakang PKR di P.Pinang hanya kerana menceritakan kebenaran. Apa yang telah dinyatakan oleh Zahrin telah lama dibangkitkan oleh UMNO dan BN. Sebab yang membuatkan Zarin terpanggil membuka pekung PR hanya ALLAH S.W.T sahaja yang maha mengetahui. Namun kebenaran tetap kebenaran. Janji yang dilaungkan setiap ceruk dan rantau untuk mewujudkan kerajaan yang bersih di P.Pinang hanyalah lakonan semata-mata apabila Ketua Menteri sendiri terlibat dalam kerja-kerja pengagihan projek di P.Pinang. Maka wujudlah "KAWAN DIDAHULUKAN, JANJI DILUPAKAN". Mana pergi Integriti yang dilaung-laungkan oleh mereka. Mana perginya sistem tender terbuka, mana perginya Pilihanraya Majlis Perbandaran, Tol Sg Nyiur masih lagi tersergam indah, dasar sama rata yang memihak kepada hanya puak-puak mereka dan penghapusan peluang-peluang Bumiputra di P.Pinang menjadi detik permulaan kebangkitan dan kesedaran masyarakat P.Pinang. Gerakan menjadikan P.Pinang sebagai Singapora 2 sedang rancak dilaksanakan. Lihatlah projek-projek perumahan dibahagian Pulau yang nilainya mencecah ratusan ribu malahan jutaan ringgit dengan hanya tujuan menarik kaum cina untuk berhijrah ke P.Pinang. Mereka semakin gusar, majoriti masyarakat melayu di P.Pinang semakin bertambah dan usaha-usaha mengecilkan kaum melayu dilaksanakan dengan terancang.

Sesungguhnya ada jerat besar sedang menanti kita wahai umat Islam dan ini bukan hanya bayang-bayang lagi....




No comments:

Post a Comment