Sunday, January 31, 2010

Seminar PIBG dan Motivasi Pelajr Cemerlang Permatang Pauh

Pengarah Pendidikan Negeri

Tuan Hj Ibrahim Mohd



Ketua UMNO Bahagian

Dato' Abdul Jalil


Sebahagian yang hadir




UMNO Juara Rakyat

Bulan Pendidikan


Permatang Pauh 31/1/10 - Bertempat di Sekolah Menengah Guar Perahu, telah berlangsung satu lagi Program Juara Rakyat Bulan Pendidikan anjura Biro pendidikan UMNO Bahagian Permatang Pauh. Program seminar yang melibatkan PIBG seluruh Parlimen Permatang Pauh dan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM ini dihadiri kira-kira 200 orang.


Program yang dibahagikan kepada dua kumpulan ini yang melibatkan Seminar untuk PIBG dan Program Motivasi Pelajar telah bermula seawal 8 pagi hingga lah berakhir jam 1:30 tengahari ini telah dirasmikan Majlis Penutupan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Negeri P.Pinang, Tuan Hj Ibrahim Mohd.


Dalam ucapan alu-aluan Pengerusi Biro Pendidikan Tuan Hj Wahab Raof, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini. Matlamat program ini adalah untuk memberi maklumat dan rumusan kepada permasalahan pelajar-pelajar dan mencari kaedah terbaik bagi menangani masalah disiplin di sekolah.


Ucapan Ybhg Dato' Abdul Jalil pula menekankan keperluan pelajar-pelajar kita menjadi lebih inovatif dan semangat berlumba-lumba bagi mencapai matlamat hidup. Untuk menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang maju, pelajar-pelajar zaman ini harus menjadikan matlamat dan hala tuju sebagai landasan mencapai impian. Beliau juga menekankan keperluan ibu bapa, Persatuan PIBG sekolah dan guru-guru untuk berganding bahu bagi memastikan masalah disiplin pelajar-pelajar sekolah ini dapat ditangani dengan bijaksana. Program Juara Rakyat Bulan Pendidikan ini akan terus menjadi landasan terbaik untuk rakyat menilai kesungguhan Kerajaan dan Parti UMNO untuk terus mendekati rakyat dan menjadi Juara kepada segala permasalah Rakyat.


Majlis berakhir dengan ucapan Perasmian Penutup Program oleh Pengarah Pendidikan Negeri, Tuan Hj Ibrahim Mohd. Turut serta Pegawai Pelajaran Daerah, Tuan Hj. Khalid Ahmad, Pengetua Sekolah Menengan Guar Perahu dan ASP Mohd Naim dari IPD Seberang Perai Tengah.

No comments:

Post a Comment