

Pegawai Pendidikan Daerah Tn Hj. Khalid Ahmad

Sebahagian waris yang turut serta

Program yang bermula dari pukul 9 pagi telah dimulakan dengan Pertandingan Bercerita yang disertai oleh 8 orang dari kalangan anak-anak sekolah rendah sekitar DUN Penanti. Hampir 2 ribu orang telah memenuhi setiap ruang perkarangan Bangunan UMNO Bahagian Permatang Pauh bersama-sama meraikan Program Juara Rakyat yang pertama anjuran Biro Pendidikan UMNO Bahagian Permatang Pauh. Menurut Pengerusi Biro Tuan Haji Wahab Raof, Program pada tahun ini telah melibatkan seluruh pelajar-pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang daripada semua sekolah-sekolah seluruh Parlimen Permatang Pauh. Susulan daripada bulan UMNO Juara Rakyat Pendidikan, pada 31 Januari 2010 akan diadakan Seminar PIBG Parlimen Permatang Pauh yang akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu. Disamping Seminar PIBG, juga diadakan Program Motivasi Pelajar PMR dan SPM pada hari yang sama. Ini menunjukkan UMNO begitu perihatin dalam melaksanakan aktiviti pendidikan bagi memastikan pelajar-pelajar ini akan mendapat keputusan yang cemerlang kata beliau.
UMNO Permatang Pauh akan terus mendekatkan diri dengan rakyat dan sentiasa akan merasai denyutan nadi rakyat dalam mencapai matlamat UMNO Juara Rakayat kata Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Dato' Abdul Jalil Abdul Majid. Katanya lagi, UMNO akan terus membela nasib rakyat tanpa mengira fahaman politik dan pendekatan turun padang akan dilaksanakan bagi memastikan matlamat Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan tercapai. Majlis penyampaian penghargaan ini telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah Tuan Hj. Khalid Ahmad. Turut serta dalam program ini ialah Naib Ketua UMNO Tuan Hj Rahim Man, Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian yang juga Penyelaras KADUN Permatang Pasir Sdr. Zaidi, Ketua Pergerakan Wanita Bahagian, Puan Hjh Normala Abdul,
dan seluruh Ahli Jawatankuasa Bahagian.
No comments:
Post a Comment