Assalamualaikum
Sepanjang pengamatan saya dan rakan-rakan, inilah strategi dan budaya songsang yang sedang disemai oleh gerombolan pembangkang. (Saya lebih gemar menggunakan istilah gerombolan daripada pakatan kerana rakyat tidak pernah bersetuju dengan pakatan songsang mereka!).
1. Kecam, hina polis supaya hilang kredibiliti
2. Perlekeh profesionalisme kedoktoran
3. Jangan percaya institusi kehakiman
4. Budaya taksub bermaharajalela
5. Budaya menggunakan akal dan pemikiran rasional hampir lenyap
6. Budaya emosional dan mainan sentimen berkembang subur
7. Benar atau salah tentang sesuatu perkara sudah dipindahkan darimahkamah kepada rakyat memutuskannya.
8. Budaya tuntut-menuntut hak oleh semua kaum makin subur atas nama kesamarataan.
9. Budaya menolak perlembagaan dan segala yang telah termaktub.
10. Budaya menolak hak istimewa sendiri di kalangan melayu turut berkembang.
11. Budaya prejudis dan jahat sangka berkembang biak
12. Budaya bebas melemparkan apa juga tuduhan kepada musuh sudah diterima masyarakat
13. Budaya membunuh karakter pemimpin dengan pelbagai label dan tuduhan menjadi kaedah utama untuk menghakis pengaruh pemerintah.
14.Budaya mengalih perhatian dan membangkit sentimen rakyat berleluasa.
15.Budaya teori konspirasi menjadi helah/senjata melindungi diri dari tuduhan.
16. Budaya membuat pendirian melalui persepsi sudah menjadi amalan
17. Budaya menerima cakap dengar dikira sebagai bukti sudah bersalah kalau yang dituduh itu musuh.
18. Budaya menanam rasa benci, jahat sangka dan prejudis pada institusi pemerintah sudah menjadi kelaziman.
19. Undang-undang diletak di tangan sendiri.
20.Budaya meletak Anwar dan pemimpin pembangkang lebih tinggi dariundang-undang sedang bermaharajalela.
21. Undang-undang rimba sudah diterima masyarakat.
22. Budaya menjual fatwa “ulama” parti sendiri, yang sesuai dengan kepentingan dan nafsu sudah menjadi permainan.
Friday, January 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment