Kerusi Parliment PKR di Parliment menurun ke 26. DAP mempunyai 28 kerusi. Manakala PAS memiliki 23 kerusi. Karpal Singh suatu masa dulu pernah memberi amaran kepada PAS supaya melihat muka di cermin kerana PAS kononnya BUKANlah parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat. Sekalugus memberikan gambaran bahawa PAS hendaklah "toe the line" dalam Pakatan Pembangkang sebagi pemegang kerusi minoriti. Inilah juga gambaran bahawa PAS sekadar bermimpi akan dapat menegakkan ideologinya dalam Pakatan Pembangkang.
Jika benar bahawa PAS menentang BN kerana ideologi politik BN terutama UMNO, PAS tidak perlu pergi jauh untuk keluar mencari tentangan ideologinya, dalam rumah Pakatan Pembangkang sendiri terdapat segerombolan penentang idelogi PAS. Soalnya hanyalah samada PAS sanggup berputih mata dalam menegakkan ideologinya dalam Pakatan Pembangkang atau menanti tibanya waktu krisis yang sukar dielak sehingga Pakatan Rakyat Malaysia itu "self destruct". Waktu itu perbalahan sesama sendiri mengenai prinsip dan ideologi menjadi puca "perang saudara".
Kit Siang sudah menemui formula politiknya. PKR (26 kerusi) plus DAP (28 kerusi) pastinya akan menutup mulut PAS yang sekadar memiliki 23 kerusi MP. Atas dasar itu, Kit Siang mestilah terus bertolak ansur, mengampu, mencari formula dan sewaktu dengannya agar terus mampu "mencairkan DSAI dan mencuri hatinya". Matlamat atau muslihatnya demi mengekalkan 26 + 28 yang terus mampu membuat 23 sentiasa tunduk dan akur. Bagi Kit Siang "cacing yang menjijikan akan terus dijadikan umpan asalkan ikan terus meragut pancingnya".
Bagi mempastikan "kehendak" dan "keinginan" DAP, kerusi Putrajaya, Kit Siang sanggup menyerahkan Ketua Pembangkang kepada DSAI. Kenapa tidak saja terus diberikan kepada TGHH after all, kerusi PAS juga bukan majoriti? Inilah kata manis di bibir madu Kit Siang yang mempu membuat DSAI "terangkat" :-
“DAP komited pada satu matlamat, (iaitu) menuju ke Putrajaya. Anwar akan terus menjadi ketua pembangkang sehinggalah beliau menjadi Perdana Menteri (Pada suatu masa nanti)..Veteran opposition leader Lim Kit Siang today predicted the Pakatan Rakyat will have an easier time at the next general election if the government jails Datuk Seri Anwar Ibrahim for sodomy"-Kit Siang
Apakah ini akan menjadi precedence dalam politik Malaysia di mana pemegang kerusi yang BUKAN majoriti boleh menjadi Ketua Pembangkang di Parliment? AKeadaan ini samalah dengan ungkapan Mantan PM Britain, Margaret Thatcher, yang konon akan melantik DSAI sebagai PENASIHAT KEWANGAN BRITAIN jika ada peruntukan sedemikian dalam parlimen Britain. Thather menyedari dengan sebenar-benar sedar bahawa tiada peruntukan itu dalam sistem perundangn dan pentadbiran Britain maka diungkapkannya sekadar mengambil hati DSAI, kot kot DSAI akan "cair". Agaknya Kit Siang pun belajar dari formula Margaret Thatcher!, formula yang mencairkan!!
sumber dari : senjaliza.blogspot.com
Mudah utk DAP mencanakkan DSAI, mudah juga bagi mereka meranapkan dia. Rahsia DSAI semua ada dalam kocek mereka. Lawyer-lawyer di keliling DSAI itu siapa? Tidak mustahil bila DSAI diandaikan akan berada di tempat yang diidamkan itu nanti mungkin juga niatnya itu pun tidak kesampaian kerana rakan2 dia kini itu juga lah yang sendirinya akan memenjarakan dia. Tidak pun, rahsia dia akan dijadi bahan ugutan yang terbesar dalam sejarah bagi memenuhi hasrat mereka nanti. Bukankah Karpal Singh yang baru kelmarin kutuk sakan DSAI berkenaan isu Loncat Parti, 16 Sept yang tak menjadi. Kini dia lah juga Lawyer utama DSAI. Semua dalam kocek dia. Yang lain-lain lawyer di keliling DSAI juga siapa? Mana lawyer Pas? (Pas cuma tunggu buah luruh..*kot-kot luruh?)
ReplyDelete