Wednesday, March 31, 2010

Juara Rakyat Bulan agensi Kerajaan







Permatang Pauh 27/03/2010 - Bertempat di Kg Pelet, Permatang Pauh, telah berlangsung sambutan Bulan Agensi Kerajaan Juara Rakyat peringkat Parlimen Permatang Pauh dengan jayanya. Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah telah hadir merasmikan program.


Ybhg Tuan Hj Rahim Hj Man selaku Penyelaras DUN Penanti merangkap Pengerusi Pengelola Program berkata, sambutan yang diterima amat baik dengan kehadiran yang cukup memberangsangkan daripada kalangan rakyat sekitar DUN Penanti. Ini telah cukup membuktikan bahawa rakyat khususnya sekitar Parlimen Permatang Pauh sudah semakin sedar akan keperluan untuk terus memberi sokongan kepada BN dalam memastikan kesejahteraan hidup rakyat terus terjamin.


Menurut Ybhg Dato' Abdul Jalil, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Program Juara Rakyat yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri telah berjaya sampi ke peringkat akar umbi dan hasrat YAB Perdana Menteri untuk terus merasai denyut nadi rakyat akan disambut oleh kepimpinan bahagian dalam memastikan inspirasi dan hasrat BN untuk merampas kembali Parlimen Permatang Pauh akan tercapai.


Beberapa agensi Kerajaan turut serta mengambil bahagian dalam program kali ini seperti PDRM, SPR, Kemas, JPJ dan sebagainya.


Turut serta memberi sokongan kepada program ini ialah Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagia, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Tidak Ketinggalam pemimpin-pemimpin masyarakat sekitar parlimen Permatang Pauh.


~UMNO Juara Rakyat~

No comments:

Post a Comment