Wednesday, March 31, 2010

Juara Rakyat Bulan agensi Kerajaan







Permatang Pauh 27/03/2010 - Bertempat di Kg Pelet, Permatang Pauh, telah berlangsung sambutan Bulan Agensi Kerajaan Juara Rakyat peringkat Parlimen Permatang Pauh dengan jayanya. Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah telah hadir merasmikan program.


Ybhg Tuan Hj Rahim Hj Man selaku Penyelaras DUN Penanti merangkap Pengerusi Pengelola Program berkata, sambutan yang diterima amat baik dengan kehadiran yang cukup memberangsangkan daripada kalangan rakyat sekitar DUN Penanti. Ini telah cukup membuktikan bahawa rakyat khususnya sekitar Parlimen Permatang Pauh sudah semakin sedar akan keperluan untuk terus memberi sokongan kepada BN dalam memastikan kesejahteraan hidup rakyat terus terjamin.


Menurut Ybhg Dato' Abdul Jalil, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Program Juara Rakyat yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri telah berjaya sampi ke peringkat akar umbi dan hasrat YAB Perdana Menteri untuk terus merasai denyut nadi rakyat akan disambut oleh kepimpinan bahagian dalam memastikan inspirasi dan hasrat BN untuk merampas kembali Parlimen Permatang Pauh akan tercapai.


Beberapa agensi Kerajaan turut serta mengambil bahagian dalam program kali ini seperti PDRM, SPR, Kemas, JPJ dan sebagainya.


Turut serta memberi sokongan kepada program ini ialah Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagia, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Tidak Ketinggalam pemimpin-pemimpin masyarakat sekitar parlimen Permatang Pauh.


~UMNO Juara Rakyat~

Wednesday, March 10, 2010

KETUA PEMBANGKANG DI PARLIMENT: Kit Siang guna formula Margaret Thatcher!



Kerusi Parliment PKR di Parliment menurun ke 26. DAP mempunyai 28 kerusi. Manakala PAS memiliki 23 kerusi. Karpal Singh suatu masa dulu pernah memberi amaran kepada PAS supaya melihat muka di cermin kerana PAS kononnya BUKANlah parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat. Sekalugus memberikan gambaran bahawa PAS hendaklah "toe the line" dalam Pakatan Pembangkang sebagi pemegang kerusi minoriti. Inilah juga gambaran bahawa PAS sekadar bermimpi akan dapat menegakkan ideologinya dalam Pakatan Pembangkang.
Jika benar bahawa PAS menentang BN kerana ideologi politik BN terutama UMNO, PAS tidak perlu pergi jauh untuk keluar mencari tentangan ideologinya, dalam rumah Pakatan Pembangkang sendiri terdapat segerombolan penentang idelogi PAS. Soalnya hanyalah samada PAS sanggup berputih mata dalam menegakkan ideologinya dalam Pakatan Pembangkang atau menanti tibanya waktu krisis yang sukar dielak sehingga Pakatan Rakyat Malaysia itu "self destruct". Waktu itu perbalahan sesama sendiri mengenai prinsip dan ideologi menjadi puca "perang saudara".
Kit Siang sudah menemui formula politiknya. PKR (26 kerusi) plus DAP (28 kerusi) pastinya akan menutup mulut PAS yang sekadar memiliki 23 kerusi MP. Atas dasar itu, Kit Siang mestilah terus bertolak ansur, mengampu, mencari formula dan sewaktu dengannya agar terus mampu "mencairkan DSAI dan mencuri hatinya". Matlamat atau muslihatnya demi mengekalkan 26 + 28 yang terus mampu membuat 23 sentiasa tunduk dan akur. Bagi Kit Siang "cacing yang menjijikan akan terus dijadikan umpan asalkan ikan terus meragut pancingnya".
Bagi mempastikan "kehendak" dan "keinginan" DAP, kerusi Putrajaya, Kit Siang sanggup menyerahkan Ketua Pembangkang kepada DSAI. Kenapa tidak saja terus diberikan kepada TGHH after all, kerusi PAS juga bukan majoriti? Inilah kata manis di bibir madu Kit Siang yang mempu membuat DSAI "terangkat" :-
“DAP komited pada satu matlamat, (iaitu) menuju ke Putrajaya. Anwar akan terus menjadi ketua pembangkang sehinggalah beliau menjadi Perdana Menteri (Pada suatu masa nanti)..Veteran opposition leader Lim Kit Siang today predicted the Pakatan Rakyat will have an easier time at the next general election if the government jails Datuk Seri Anwar Ibrahim for sodomy"-Kit Siang
Apakah ini akan menjadi precedence dalam politik Malaysia di mana pemegang kerusi yang BUKAN majoriti boleh menjadi Ketua Pembangkang di Parliment? AKeadaan ini samalah dengan ungkapan Mantan PM Britain, Margaret Thatcher, yang konon akan melantik DSAI sebagai PENASIHAT KEWANGAN BRITAIN jika ada peruntukan sedemikian dalam parlimen Britain. Thather menyedari dengan sebenar-benar sedar bahawa tiada peruntukan itu dalam sistem perundangn dan pentadbiran Britain maka diungkapkannya sekadar mengambil hati DSAI, kot kot DSAI akan "cair". Agaknya Kit Siang pun belajar dari formula Margaret Thatcher!, formula yang mencairkan!!
sumber dari : senjaliza.blogspot.com

TERKINI PERMATANG PAUH

Pemimpin berjiwa rakyat di program kembali kepangkuan UMNO
di Guar jering

Kehadiran masyarakat kampong Guar Jering


Program Pentas Pemuda mendapat sambutan
daripada rakyat Guar Jering


Program Juara Rakyat Kebajian
"UMNO Perihatin"


Penyokong2 kafir harbi di Parlimen Permatang Pauh

Pengkianat Agama, Bangsa dan Negara


Perkembangan terkini warna politik khususnya di P.Pinang telah banyak menyedarkan rakyat akan keperluan untuk kembali kepada perjuangan UMNO dan BN. Kepincangan yg menanti belah PR semakin terserlah dengan berita-berita sensasi yang dicanangkan sendiri oleh YB2 mereka sendiri yang mula sedar betapa DSAI hanya mementingkan diri dan kedudukan dengan membiarkan YB2 mereka dianak tiri kan oleh LGE si kafir harbi ini.

Kerakusan dan kesombongan DAP ini yang diketua oleh LGE telah mula menyedarkan rakyat khususnya di P.Pinang betapa rakusnya mereka menggunakan kuasa untuk kepentingan kaum puak DAP dan membelakangkan rakan sekutu mereka. Kesedaran ini bukan hanya datang dari kalangan orang2 melayu malah kaum Cina dan India juga sudah dapat membaca rentak sandiwara yang sedang ditayangkan oleh juak2 DAP ini apabila banyak permasalahan dan janji2 DAP ini tidak tertunai.

Kebangkitan daripada keretakan ini, UMNO Permatang Pauh telah memperkukuhkan gerak kerja dalam menawan kembali hati rakyat dan memberi kesedaran betapa PR ini tidak mampu membela nasib rakyat.
Program Juara Rakyat bulan kebajikan yang diadakan baru2 ini telah mendapat sambutan yang begitu baik dikalangan warga Permatang Pauh dimana hampir 300 keluarga miskin telah dibantu. Bantuan yang disalurkan ini tampa mengira fahaman politik telah membuktikan bahawa UMNO sentiasa perihatin terhadap kebajikan rakyat. Walaupun mendapat bantahan daripada Pemuda PAS yang mengadakan demontrasi haram yang hanya dihadiri kurang lebih 50 orang, program Juara Rakyat Kebajikan telah dihadiri hampir 500 orang memenuhi setiap ruang tapak program.

Kemuncak kepada kesedaran rakyat, telah berlangsung kemasukan beramai2 ahli2 PKR dan Pas ranting Guar Jering kepangkuan UMNO. Ini baru permulaan kepada kebangkitan dan kesedaran rakyat. Banyak lagi kejutan2 yang akan menanti Pakatan Rapuh ini. Penipuan dan lakonan mereka sudah tidak dapat disorokkan lagi dan kini satu persatu kudis-kudis buta sedang diterjemahkan oleh firaun2 kecil dan firaun2 besar didalm PR akan terhurai....