Wednesday, March 13, 2013

PERMATANG PAUH BN PUNYA



DATO' ABDUL JALIL BIN ABDUL MAJID
KETUA UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH

PERMATANG PAUH BN PUNYA

Bahang PRU ke 13 semakin dirasai. Kepanasan suhu berkempen semakin hari semakin memuncak dengan hidangan janji-janji dan tidak kurang juga propaganda politik bagi memancing undi bagi memastikan kemenangan parti-parti yang akan bertanding. Nama-nama seperti Barisan Nasional, PAS, PKR dan DAP bukanlah asing bagi kita rakyat Malaysia. Menu-menu yang dihidangkan oleh parti-parti politik ini semuanya membuka selera pengundi dan ada juga menu yang begitu meloyakan sehingga rakyat menyampah dan mula sedar bahawa tidak semua menu yang pada zahirnya nampak meyelerakan dapat dimasak dan dihidangkan untuk santapan rakyat.

Pilihanraya 2013 pasti akan menjanjikan kemenangan mutlak Barisan Nasional. Tsunami politik yang berlaku pada tahun 2008 telah pun berakhir. Ketegasan dan kebijaksanaan dasar-dasar Transformasi yang dibawakan oleh YAB Perdana Menteri telah membawa satu dimensi baru kepada rakyat Malaysia didalam mengecapi pembahagian kemakmuran negara. Dengan dasar Rakyat Didahulukan, banyak program-program kerakyataan telah berjaya sampai kepada rakyat. BRIM misalnya telah memberi impak yang besar kepada kemakmuran masyarakat pertengahan dan bantuan-bantuan yang seumpamanya telah memberi manafaat kepada seluruh golongan masyarakat tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan umur.

 Transformasi ini telah disambut oleh semua lapisan pimpinan dan tidak ketinggalan dasar denyutan Nadi Rakyat yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri ini telah disambut dengan semangat oleh pimpinan Barisan Nasional Permatang Pauh yang diterajui oleh Ybhg Dato’ Abdul Jalil Bin Abdul Majid, Ketua UMNO Bahagian yang juga Penyelaras Parlimen dan seluruh pimpinan komponen, yang sentiasa merancang aktiviti-aktiviti kemasyarakatan sepanjang tempoh 3 tahun yang lepas.

Parlimen Permatang Pauh terdiri daripada 3 DUN, Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya. Dengan jumlah pengundi seramai 70,760 orang, tentulah ianya memerlukan perancangan yang jitu dan pendekatan yang mesra rakyat bagi menarik dan memberi keyakinan untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional disemua peringkat DUN dan seterusnya memastikan Parlimen Permatang Pauh P044 berjaya ditawan. Bukannya sesuatu yang mustahil jika dilihat kepada trend pengundi pada setiap kali pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil yang telah berlangsung 4 kali kesemuanya. Pengajaran daripada kekalahan yang lepas telah menberi keyakinan kepada pimpinan BN Permatang Pauh untuk merapatkan saf persefahaman diantara parti-parti komponen dan yang paling penting persefahaman dan matlamat yang satu, dikalangan pimpinan UMNO Bahagian telah merancakkan program-program turun padang yang dilaksanakan oleh Penyelaras-Penyelaras yang sentiasa bersama rakyat bagi membantu dan menyelesaikan setiap permasalahan.

Penerimaan masyarakat India terhadap program-program yang dianjurkan oleh Barisan Nasional yang jumlah keseluruhanya seramai 4,465 orang semakin meyakinkan. Ini susulan daripada tindakan proaktif parti komponen MIC di 32 cawangan dan PPP di 10 cawangan, aktiviti turun padang berjumpa pengundi dan program-program membantu rakyat sentiasa mendapat sambutan yang mengalakkan. Begitu juga dengan program-program rakyat bagi kaum Cina yang jumlah keseluruhanya seramai 16,529 orang juga sentiasa mendapat reaksi positif melalui program-program yang dianjurkan oleh MCA dan Gerakan Permatang Pauh.

Usaha berterusan ini daripada gabungan parti-parti yang membawa bendera Barisan Nasional  sentiasa konsisten dalam usaha mendekatkan rakyat. Setiap parti komponen punya peranan masing-masing dan sumber kewangan dan peruntukan bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Begitu juga diperingkat UMNO yang menjaga kepentingan dan keperluan orang-orang melayu yang keseluruhannya berjumlah 49,532 pengundi. Aktiviti-aktiviti berteraskan nadi rakyat telah digerakkan oleh Penyelaras-Penyelaras semua peringkat tanpa membelakangkan kaum-kaum lain. Ini dibuktikan melalui kehadiran semua kaum Cina, India mahupun kaum paling manoriti iaitu Siam. Penulis ingin menjemput sesiapa sahaja yang berhajat untuk bersama-sama didalam program yang dianjurkan. Hanya kami di Permatang Pauh lebih mengerti apa yang sedang berlaku di sini.

Jika ada pun permasalahan dan percaturan politik peribadi pimpinan UMNO Bahagian sekali pun, ianya filem lama yang sering kali diulang tayang untuk tatapan dan propaganda bagi tujuan melemahkan semangat dan jentera yang majoritinya bersama-sama UMNO dan Barisan Nasional. Tujuan jahat ini hanyalah bermatlamatkan kepentingan peribadi yang sentiasa membelakangkan kepentingan rakyat dan parti. Setiap kelemahan yang timbul telah cuba diselesaikan dengan cara yang berkhemah dengan berasaskan semangat Barisan Nasional dikalangan komponen-komponen parti tanpa membelakangkan matlamat asas perjuangan untuk memastikan Permatang Pauh berjaya dirampas dari pembangkang.


Misalnya melalui program Himpunan Anak Muda 1 Malaysia anjuran Biro Penerangan UMNO Bahagian bersama dengan sayap-sayap parti Pemuda dan Puteri telah berjaya menghimpunkan seramai lebih 4 ribu orang anak muda dengan pelbagai aktiviti-aktivit yang menjurus kepada kehendak dan keperluan orang muda,yang bermula seaway pagi sehinga larut malam.. Program ini juga turut melibatkan kesemua parti-parti komponen Barisan Nasional dan NGO seperti Belia 4B. Kejayaan program ini dapat dilihat melalui kehadiran pengundi-pengundi muda yang terdiri daripada pelbagai bangsa bersama-sama menjayakan program ini. Dari data maklumat yang dikumpul melalui pendaftaran Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) seramai 1, 400 pendaftaran, FunRide jelajah DUN Seberang Jaya seramai 500 orang, servis motosikal percuma seramai 300 orang dan penerima helmet 1 Malaysia 200 orang, ini tidak termasuk pengunjung-pengunjung sekitar kawsasan yang bersama-sama beriadah menikmati aktiviti-aktiviti yang disediakan. Dimana logiknya jika dikatakan program ini tidak mendapat sambutan daripada orang muda.

Yang terkini Himpunan Anak Seni yang berlangsung meriah dengan pengisian persembahan dan penghargaan juga telah mendapat kerjasama yang erat daripada komponen parti dengan penglibatan menyeluruh pengiat seni di kalangan masyarakat Permatang Pauh pelbagai bangsa dan budaya. Semua ruang kosong kelompok pengundi telah kita temui.

Disusuli dengan program jelajah berbasikal sejauh 40km  yang akan dianjurkan oleh Belia 4B dengan kerjasama Biro Penerangan dan Program Gempur Mesra anjuran Pemuda dan Wanita Bahagian, pastinya akan mengegarkan bumi Permatang Pauh sekali lagi. Bukan sekadar pemimpin bermusim mahupun pemimpin yang hanya gah dipentas ceramah, Barisan Nasional merialisasikan kesungguhannya melalui program-program dan membuktikan Tema Janji Ditepati sentiasa menjadi dasar dan polisi gerak kerja mendekatkan diri dengan pengundi.

Walaupun dilabelkan sebagai kawansan hitam, namun  komitmen yang ditunjukan oleh pemimpin Barisan Nasional khususnya UMNO, telah berjaya mengembalikan keyakinan pengundi untuk kembali bersama-sama Barisan Nasional. Sambutan daripada setiap program yang dianjurkan begitu di luar dugaan. Jentera disetiap bilik gerakan PDM BN telah bersiap sedia bagi menyakut gendang perjuangan.

Dengan Pelancaran gempur “Permatang Pauh BN Punya” pastinya akan membuka mata mereka yang kurang mesra dengan Bahagian dan sentiasa mengambarkan kepimpinan UMNO Bahagian yang dipimpin oleh Dato’ Abdul Jalil sering bergolak. Ini cerita lama yang diulang tayang oleh mereka yang mempunyai kepentingan hawa nafsu politik yang rakus yang ingin melihat Permatang Pauh terus tumbang kepada Pembangkang.


Rakyat Permatang Pauh inginkan calon anak tempatan yang telah bersama dengan mereka semasa susah dan senang. Winable candidate haruslah datang daripada anak tempatan dan bukanya payung terjun yang hanya timbul bila ada lauk terhidang. Kebijaksanaan YAB Perdana Menteri diyakini mampu menangani kemelut calon payung terjun ini dan siapa jua yang ditunjukkan sebagai calon di Seberang Jaya, Permatang Pasir, Penanti dan Parlimen Permatang Pauh pasti akan disokong oleh seluruh jentera BN Permatang Pauh bagi memastikan Anwar Ibrahim tumbang di bumi Permatang Pauh.

“PERMATANG PAUH BN PUNYA”

Tuesday, January 8, 2013

DAP PENIPU


Janji-janji DAP yang tak ditunaikan di Pulau Pinang
o   Janji pelaksanaan pilihanraya Kerajaan Tempatan dan Majlis Daerah tidak ditunaikan
o   Janji Kerajaan Pembangkang untuk memberi cuti bersalin tiga bulan masih tidak dilaksanakan
o   Janji Kerajaan Pembangkang untuk mengurangkan cukai pintu 20% tidak dikota.
o   Janji Kerajaan pembangkang untuk menghapuskan caj parking kereta pada hujung minggu tidak dilaksanakan.
o   Janji Kerajaan Pembangkang untuk menghapuskan kutipan Tol Sg. Nyiur tidak dikotakan.
o   Janji Kerajaan Pembangkang untuk mempertahankan Kg Buah Pala selepas seratus hari kemenangan tidak ditunaikan.
4. Dasar baru DAP yang membebankan rakyat
o   Sur Caj bil air PBA
o   Penambahan Parking kereta bertambah sepanjang tempoh Pembangkang memerintah yang berjumlah 6863 petak.
o   Perlanjutan kutipan parking kereta dibeberapa kawasan tumpuan awam seperti Gurney sehingga jam 12 malam, Penang Road dari 6 petang hingga 12 malam, Upper Penang Road sehingga jam 12 malam.
o   Tiada projek perumahan kos rendah sepanjang tempoh Kerajaan Pembangkang memerintah.
o   Menghapuskan Dasar Ekonomi Baru
5)  Kemungkaran Kerajaan PAS/DAP terhadap umat Islam
o   Penambahan rumah urut dan pusat hiburan. Ini terbukti melalui kutipan cukai hiburan yang meningkat setiap tahun. Comtoh : Lesen Premis Urut 2008 RM 17,009, 2009 RM27,157, 2010 28 262.
o   Banyak acara-acara hiburan dianjurkan oleh kerajaan pembangkang yang menjuruskan kearah kemungkaran seperti Sambutan Pesta Arak di batu Feringgi pada bulan Oktober 2012.
o   Ternakan babi di Pulau Pinang berjumlah 313 303 ekor yang diusahakan oleh 201 penternak. Jumlah bancian penduduk mengikut bangsa di Pulau Pinang, Melayu 684 300, Cina 663 500 orang. Namun ternakan Lembu 13 700 ekor diusahakan oleh 961 penternak.
o   Penghapusan secara halus syiar dan dakwah Islamiah dilewatkan antaranya 6 projek pembesaran Masjid dan Sekolah Agama. 3 projek tapak perkuburan Islam, 2 projek pembinaan Mahkamah Syariah.
Sumber : Laporan Audit Negara 2010 Pulau Pinang.
6) Dasar DAP yang menghina Islam
o   Mewujudkan Jawatankuasa antara agama yang mana Lim Guang Eng yang beragama Kristian sebagai Pengerusi jelas telah menghina martabat Islam. Penduduk Pulau Pinang beragama Islam berjumlah 684 300 orang melebihi dari penganut agama-agama lain.
o   Larangan penggunaan pembesar suara bagi bacaan ayat-ayat suci Al-Quran atas desakan DAP.
o   Memperlahankan azan atas desakan DAP
o   Pilihanraya Masjid jelas memecahbelahkan perpaduan Umat.
o   Menggunakan duit sumbangan haram hasil Judi Lumba Kuda dan diperuntukan kepada bantuan RM100 kepada warga emas terpilih yang kebanyakan penerima adalah Islam. 

Tuesday, March 13, 2012

LGE TERTEKAN.....



Keangkuhan Lim Guan Eng akhirnya goyah juga apabila beliau semalam mengakui yang beliau merasa bimbang yang Pakatan Rakyat akan kehilangan kuasa di Pulau Pinang.

Kenyataan beliau di dalam akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau semalam jelas menunjukkan ketidakyakinan beliau dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Kebimbangan beliau berpunca dari kesungguhan BN bekerja dalam memulihkan sokongan rakyat negeri itu, yang menyaksikan lawatan yang kerap dari pemimpin-pemimpin tertinggi BN ke kawasan-kawasan panas di sekitar negeri itu.

Selain itu, beliau juga merasa bimbang mengenai insiden-insiden keganasan yang berlaku kerana isu-isu tertentu.

Menurut beliau lagi, adalah sukar bagi PR untuk menandingi BN dari segi jentera, wang dan media atau 3M (machinery, money and media) di mana BN mempunyai kelebihan sebagai kerajaan pusat.

Sasaran kini, katanya adalah untuk memenangi 100 dari 222 kerusi sudah dikira mencukupi bagi PR kerana ia pasti menimbulkan huru-hara di dalam UMNO. Apabila BN kehilangan 2/3 majoriti, Dato’ Seri Najibpasti akan dicabar dan pencabarnya akan membantu melemahkan BN secara tidak langsung.

Itu adalah kenyataan dari mulut Guan Eng sendiri.Yang pasti, kebimbangan Lim Guan Eng bukan terhad kepada beberapa faktor yang disebutnya di atas sahaja.

Tetapi, faktor yang paling kritikal ialah dirinya sendiri.Sebelum berkuasa di Pulau Pinang, Lim Guan Eng atau DAP secara keseluruhan sememangnya sinonim dengan imej rasis dan chauvinis.

Hakikat bahawa DAP adalah pencetus 13 Mei tidak mungkin dapat dipadamkan daripada sejarah walau bagaimana licik pun mereka berusaha mengubah sejarah.

Apabila Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, rakyat telah diberi amaran berkenaan sikap rasis dan chauvinis DAP.

Ternyata apa yang ditakuti menjadi nyata apabila Lim Guan Eng dengan selamba memungkiri janji kepada kaum India dengan merampas tanah kampung mereka dan dengan angkuh menghalau dan merobohkan kedai-kedai dan kampung milik kaum Melayu.

Para pemerhati politik dan mereka-mereka yang berfikir dapat melihat dengan jelas bagaimana Lim Guan Eng menghalau kaum-kaum lain secara sistematik dan licik menggunakan kuasa dan undang-undang ke atas mereka yang lemah.

Tanah-tanah kampung yang dirampas, di dirikan rumah-rumah dan pusat komersial berkos tinggi bagi memastikan kaum Melayu dan India yang majoritinya terlalu jauh ketinggalan dari segi ekonomi berbanding kaum Cina tidak akan mampu memilikinya hatta terpaksa keluar dariPulau Pinang.

Selain itu, sikap diktator Guan Eng juga semakin terserlah sehingga tidak lagi disenangi bukan sahaja oleh kaum bukan Cina, tetapi kaum Cina sendiri.

Antaranya, Lim Boo Chang, bekas ahli MPPP telah bertindak keluar parti atas alasan khusus iaitu ‘sikap diktator dan autokratik’ Lim Guan Eng yang menggunakan taktik mengugut dan menekan dalam pemberian projek sPICE.

Sikap itu juga sekali gus menunjukkan yang Guan Eng tidak telus atau korupdalam pemberian projek-projek kerajaan negeri.

Bagi melakukan ‘damage control’ apabila sikapnya berjaya dihidu media, beliau terpaksa berbohong dan berbohong mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Malangnya, Melayu tidak sebodoh yang Guan Eng sangka. Satu demi satu pembohongannya didedahkan seluas-luasnya sehingga beliau kini digelar sebagai Ketua Menteri lidah bercabang.Sikap kepimpinan tertinggi DAP juga tidak mampu membantu Guan Eng dalam meraih sokongan rakyat.

Walaupun sibuk melaungkan keterbukaan, menuntut kebebasan bersuara dan kebebasan media tetapi kepimpinan DAP sendiri tidak bersikap terbuka. DAP terkenal dengan budaya memberi tekanan kepada sesiapa sahaja yang menegur kepimpinan mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga menyeru boikot terhadap media yang mengkritik mereka.Bayangkan, bagaimana Guan Eng boleh mengharapkan sokonganrakyat jika beliau sendiri bercakap tidak serupa bikin?

Itu belum lagi dikira amalan kronisme dan nepotisme dalam DAP di mana hanya mereka-mereka yang punya pertalian atau yang rapat dengan kepimpinan atasan sahaja yang akan diberikan jawatan. Sikap yang sentiasa prejudis dan tidak mempercayai orang luar begitu menebal menjadikan DAP sebagai parti yang ‘dingin’ dan tidak mesra rakyat.

Semua ini adalah faktor-faktor yang menyebabkan Lim Guan Eng hilang keyakinan untuk menang dalam PRU akan datang. Mungkin Guan Eng enggan mengakui semuanya tetapi kita yakin yang jauh di sudut hatinya dia tahu setakat mana kebolehannya untuk mentadbir negeri.

Seorang yang angkuh selalunya akan banyak berbuat silap kerana enggan menerima teguran dan nasihat.Walau bagaimanapun, ‘jatuh’ atau tidak Pulau Pinang kali ini bukan bermakna PR akan selamat.

100 kerusi sasaran PR boleh dikatakan satu cita-cita yang terlalu tinggi dengan keadaan Selangor yang dipenuhi sampah dan berlubang di sana-sini akibat korupsi kerajaan negeri.

Apa lagi dengan keadaan pentadbiran Kedah yang terumbang-ambing dan Kelantan yang seolah-olah ‘koma’ selama-lamanya.

Oleh itu, kebimbangan Guan Eng sebenarnya amatlah bertepatan sekali dengan perkembangan politik hari ini. Rakyat tidak lagi marah dengan BN seperti mana tahun 2008 dahulu.

Rakyat kini marah dengan PR pula, kerana belum pun sampai sepenggal, sudah dilanda berbagai-bagai skandal. - Penang Online.

p/s : Lim Guan Eng berani jawab?

Tuesday, March 6, 2012

NURUL DIMALUKAN OLEH PAKAR EKONOMI!!!


Sebelum ni, Nurul Izzah & Co. beria-ia mengecam Skim Pinjaman Perumahan untuk Penduduk PPR & PA, kononnya ia membahayakan simpanan rakyat dalam KWSP. Betul ke?

Jawapan mudahnya ialah TIDAK!!!

Sebelum ni DBKL dah jawab, kali ni kita petik jawapan pakar ekonomi pula. Nak baca laporan lebih lengkap, boleh baca the Star.
Is this project really put ting the contributors’ money at risk?

According to RAM Holdings Bhd group chief economist Dr Yeah Kim Leng, the answer is NO.

“There’s not much of a risk factor. It’s watertight as it is guaranteed by the Government. It’s as good as the EPF buying MGS (Malaysian Government Securities), and the Government in turn using the money to fund the project. In this case, they are bypassing that step.”

The next question would be – is the 5.5% profit promised by the Government to the EPF fair?

“At the present time, because of the lower interest rate environment, the 5.5% would seem to be very attractive.”

Hong Leong Asset Management Bhd executive director and chief executive officer Geoffrey Ng agrees.

“Instead of buying the MGS with a yield of between 3% and 3.5%, the EPF is loaning money to the Government for a profit of 5.5%. It’s a fair investment.”
Tu diaa... Bukan sahaja pelaburan KWSP dalam Skim ini dijamin selamat, ianya juga lebih menguntungkan dari pelaburan KWSP dalam Bon Kerajaan Malaysia!! 

Bukankah ini berita baik untuk rakyat Malaysia yang mencarum dalam KWSP? Bila pulangan tinggi, simpanan hari tua kita pun akan bertambah!

Mengapa Nurul dan Tony Pua tak nak tengok simpanan kita dalam KWSP bertambah?

Jawapannya jelas, kawan-kawan…

Nurul dan Tony Pua takut, kalau Skim ni berjaya, semua pihak akan untung dan gembira. Penduduk PPR untung dan gembira sebab dapat beli rumah. 

Rakyat Malaysia lain seperti kita pun akan untung dan gembira sebab duit kita dalam KWSP semakin meningkat. 

Bila semua orang gembira dengan Kerajaan Barisan Nasional, siapa yang akan sokong Pakatan Haprak?

Itulah taktik kotor pembangkang. Mereka bukannya nak membantu rakyat sebenarnya. Kalau mereka betul-betul mengutamakan kepentingan rakyat, sudah tentu mereka akan menyokong penuh Skim ni.

Macam ni ke pemimpin yang rakyat nak? Mengutamakan kepentingan diri sendiri dan mengabaikan kepentingan rakyat?

Ps: Sumber klik kat sini.

Thursday, March 1, 2012

Pemimpin PAS Dedah PKR Yahudi ,Hamas Kecam Anwar




Anwar yang mengiktiraf dan mementingkan keselamatan sebuah negara Israel mendapat kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Jika Wall Street Journal tersalah lapor masakan Jerusalem Post akhabar Israel menyambut baik dan memberi pujian kepada Anwar.
Pendedahan Anwar yang pro Israel membuatkan gerembolan pakatan menjadi gelabah.Untuk menutup cerita tersebut mereka mengaitkan negara Malaysia mempunyai hubungan perniagaan dengan Israel,namun dengan menggunakan hujah dangkal cubaan menipu rakyat Malaysia ternyata gagal apabila surat Tun M didedahkan kepada umum.

Anwar yang gelabah dalam situasi ini bergegas ke luar negara,bertemu pemimpin Arab hanya sekadar bersalaman bertegur sapa,gambar diambil dan kemudiannya spin oleh media pakatan kononnya Anwar begitu akrab dan rapat dengan pejuang Palestin.

Paling menarik ada gambar Anwar bersama pemimpin Hamas,berkokok sakan juak haprak pakatan kononnya Anwar adalah pejuang untuk rakyat Palestin.

Hari ini terbukti Anwar berbohong apabila pengerusi biro politik Hamas sendiri mengecam tindakan Anwar yang menyokong keselamatan Israel.

Hamas hari ini menafikan pendirian pertubuhan tersebut selari dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel ketika diwawancara oleh akhbar The Wall Street Journal.

Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook berkata, pertubuhan itu sama sekali tidak akan mengiktiraf rejim Zionis kerana bagi Hamas, negara itu tidak sah kewujudannya di muka bumi.

"Saya dimaklumkan mengenai kenyataan Anwar yang menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel. Kami selaku pertubuhan Islam yakni pergerakan Hamas tidak ada kaitan dengan kenyataan itu," katanya dalam wawancara yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 malam ini.

Kenyataan itu dianggap satu tamparan kepada Anwar yang sebelum ini mendakwa telah bertemu dengan pemimpin Hamas, Khalid Mashal di Qatar bagi menjelaskan kontroversi berkenaan.-utusan



Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1nvcK6JeN

Sunday, May 23, 2010

Juara Rakyat Bulan Wanita dan Keluarga




Permatang Pasir, 22/05/2010 - Bertempat di Pusat Giat mara Permatang Ara, telah berlangsungnya satu lagu program UMNO Juara Rakyat Bulan Wanita dan Keluarga. Program bermula seawal jam 8:00 pagi sehinggalah ke pukul 2:00 ptg telah berlangsung dengan jaya.

Kejayaan program ini dapat dilihat daripada penglibatan dan kehadiran rakyat yang turut serta bersama-sama memeriahkan program untuk kali ini. Bermula dengan senamrobik yang dipimpin oleh Kak Ina, seramai hampir 50 peserta terdiri daripada penduduk sekitar bersama-sama bersenanm mengikut rentak.

Aktiviti program terus memenuhi ruang masa seperti ceramah kekeluargaan, pertandingan pulut kuning, gubahan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak namun yang istimewa ialah pertandingan mewarna wanita veteren yang julung-julung kali diatadakan telah memberi kelainan pada acara pagi itu.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Penolong Setiusaha Wanita UMNO Malaysia Ybhg Puan Rosni. Menurut Ketua Wanita UMNO Bahagian yang juga Pengerusi Penganjur, Puan Hjh Normala Abdul, Program ini diharap dapat merapatkan hubungan pemimpin UMNO Bahagian dan rakyat khususnya di Parlimen Permatang Pauh.

Dalam ucapan aluan Ybhg Dato' Abdul Jalil, menegaskan Kerajaan BN sentiasa memberi perhatian kepada setiap permasalahan rakyat khususnya kaum wanita. Diharapkan dengan adanya program sebegini, pemimpin masyarakat dapat berhubung terus dan dapat mendekati golongan wanita supaya kita mampu mengenali permasalahan dan seterusnya membantu menyelesaikan semua permasalahn rakyat.

Program ini turut disertai oleh Penyelaras DUN Permatang Pasir, Sdr. Zaidi, Dato' Nasir Abdullah Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Sdr. Rahim Hj Man Naib ketua UMNO Bahagian.
Bersempena dengan program ini juga satu derma kilat telah dikutip untuk membantu Adik Norhayati yang berusia 3 tahun yang mengidap jantung berlubang. Mengikut kenyataan ayahnya, adik Norhayati memerlukan RM45,000.00 dan diharapkan dengan sumbangan ini ianya dapat mempercepatkan adik Norhayati menjalani pembedahan.

~UMNO Juara Rakyat~










Wednesday, March 31, 2010

Juara Rakyat Bulan agensi Kerajaan







Permatang Pauh 27/03/2010 - Bertempat di Kg Pelet, Permatang Pauh, telah berlangsung sambutan Bulan Agensi Kerajaan Juara Rakyat peringkat Parlimen Permatang Pauh dengan jayanya. Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah telah hadir merasmikan program.


Ybhg Tuan Hj Rahim Hj Man selaku Penyelaras DUN Penanti merangkap Pengerusi Pengelola Program berkata, sambutan yang diterima amat baik dengan kehadiran yang cukup memberangsangkan daripada kalangan rakyat sekitar DUN Penanti. Ini telah cukup membuktikan bahawa rakyat khususnya sekitar Parlimen Permatang Pauh sudah semakin sedar akan keperluan untuk terus memberi sokongan kepada BN dalam memastikan kesejahteraan hidup rakyat terus terjamin.


Menurut Ybhg Dato' Abdul Jalil, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Program Juara Rakyat yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri telah berjaya sampi ke peringkat akar umbi dan hasrat YAB Perdana Menteri untuk terus merasai denyut nadi rakyat akan disambut oleh kepimpinan bahagian dalam memastikan inspirasi dan hasrat BN untuk merampas kembali Parlimen Permatang Pauh akan tercapai.


Beberapa agensi Kerajaan turut serta mengambil bahagian dalam program kali ini seperti PDRM, SPR, Kemas, JPJ dan sebagainya.


Turut serta memberi sokongan kepada program ini ialah Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagia, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Tidak Ketinggalam pemimpin-pemimpin masyarakat sekitar parlimen Permatang Pauh.


~UMNO Juara Rakyat~