Wednesday, March 13, 2013

PERMATANG PAUH BN PUNYA



DATO' ABDUL JALIL BIN ABDUL MAJID
KETUA UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH

PERMATANG PAUH BN PUNYA

Bahang PRU ke 13 semakin dirasai. Kepanasan suhu berkempen semakin hari semakin memuncak dengan hidangan janji-janji dan tidak kurang juga propaganda politik bagi memancing undi bagi memastikan kemenangan parti-parti yang akan bertanding. Nama-nama seperti Barisan Nasional, PAS, PKR dan DAP bukanlah asing bagi kita rakyat Malaysia. Menu-menu yang dihidangkan oleh parti-parti politik ini semuanya membuka selera pengundi dan ada juga menu yang begitu meloyakan sehingga rakyat menyampah dan mula sedar bahawa tidak semua menu yang pada zahirnya nampak meyelerakan dapat dimasak dan dihidangkan untuk santapan rakyat.

Pilihanraya 2013 pasti akan menjanjikan kemenangan mutlak Barisan Nasional. Tsunami politik yang berlaku pada tahun 2008 telah pun berakhir. Ketegasan dan kebijaksanaan dasar-dasar Transformasi yang dibawakan oleh YAB Perdana Menteri telah membawa satu dimensi baru kepada rakyat Malaysia didalam mengecapi pembahagian kemakmuran negara. Dengan dasar Rakyat Didahulukan, banyak program-program kerakyataan telah berjaya sampai kepada rakyat. BRIM misalnya telah memberi impak yang besar kepada kemakmuran masyarakat pertengahan dan bantuan-bantuan yang seumpamanya telah memberi manafaat kepada seluruh golongan masyarakat tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan umur.

 Transformasi ini telah disambut oleh semua lapisan pimpinan dan tidak ketinggalan dasar denyutan Nadi Rakyat yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri ini telah disambut dengan semangat oleh pimpinan Barisan Nasional Permatang Pauh yang diterajui oleh Ybhg Dato’ Abdul Jalil Bin Abdul Majid, Ketua UMNO Bahagian yang juga Penyelaras Parlimen dan seluruh pimpinan komponen, yang sentiasa merancang aktiviti-aktiviti kemasyarakatan sepanjang tempoh 3 tahun yang lepas.

Parlimen Permatang Pauh terdiri daripada 3 DUN, Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya. Dengan jumlah pengundi seramai 70,760 orang, tentulah ianya memerlukan perancangan yang jitu dan pendekatan yang mesra rakyat bagi menarik dan memberi keyakinan untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional disemua peringkat DUN dan seterusnya memastikan Parlimen Permatang Pauh P044 berjaya ditawan. Bukannya sesuatu yang mustahil jika dilihat kepada trend pengundi pada setiap kali pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil yang telah berlangsung 4 kali kesemuanya. Pengajaran daripada kekalahan yang lepas telah menberi keyakinan kepada pimpinan BN Permatang Pauh untuk merapatkan saf persefahaman diantara parti-parti komponen dan yang paling penting persefahaman dan matlamat yang satu, dikalangan pimpinan UMNO Bahagian telah merancakkan program-program turun padang yang dilaksanakan oleh Penyelaras-Penyelaras yang sentiasa bersama rakyat bagi membantu dan menyelesaikan setiap permasalahan.

Penerimaan masyarakat India terhadap program-program yang dianjurkan oleh Barisan Nasional yang jumlah keseluruhanya seramai 4,465 orang semakin meyakinkan. Ini susulan daripada tindakan proaktif parti komponen MIC di 32 cawangan dan PPP di 10 cawangan, aktiviti turun padang berjumpa pengundi dan program-program membantu rakyat sentiasa mendapat sambutan yang mengalakkan. Begitu juga dengan program-program rakyat bagi kaum Cina yang jumlah keseluruhanya seramai 16,529 orang juga sentiasa mendapat reaksi positif melalui program-program yang dianjurkan oleh MCA dan Gerakan Permatang Pauh.

Usaha berterusan ini daripada gabungan parti-parti yang membawa bendera Barisan Nasional  sentiasa konsisten dalam usaha mendekatkan rakyat. Setiap parti komponen punya peranan masing-masing dan sumber kewangan dan peruntukan bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Begitu juga diperingkat UMNO yang menjaga kepentingan dan keperluan orang-orang melayu yang keseluruhannya berjumlah 49,532 pengundi. Aktiviti-aktiviti berteraskan nadi rakyat telah digerakkan oleh Penyelaras-Penyelaras semua peringkat tanpa membelakangkan kaum-kaum lain. Ini dibuktikan melalui kehadiran semua kaum Cina, India mahupun kaum paling manoriti iaitu Siam. Penulis ingin menjemput sesiapa sahaja yang berhajat untuk bersama-sama didalam program yang dianjurkan. Hanya kami di Permatang Pauh lebih mengerti apa yang sedang berlaku di sini.

Jika ada pun permasalahan dan percaturan politik peribadi pimpinan UMNO Bahagian sekali pun, ianya filem lama yang sering kali diulang tayang untuk tatapan dan propaganda bagi tujuan melemahkan semangat dan jentera yang majoritinya bersama-sama UMNO dan Barisan Nasional. Tujuan jahat ini hanyalah bermatlamatkan kepentingan peribadi yang sentiasa membelakangkan kepentingan rakyat dan parti. Setiap kelemahan yang timbul telah cuba diselesaikan dengan cara yang berkhemah dengan berasaskan semangat Barisan Nasional dikalangan komponen-komponen parti tanpa membelakangkan matlamat asas perjuangan untuk memastikan Permatang Pauh berjaya dirampas dari pembangkang.


Misalnya melalui program Himpunan Anak Muda 1 Malaysia anjuran Biro Penerangan UMNO Bahagian bersama dengan sayap-sayap parti Pemuda dan Puteri telah berjaya menghimpunkan seramai lebih 4 ribu orang anak muda dengan pelbagai aktiviti-aktivit yang menjurus kepada kehendak dan keperluan orang muda,yang bermula seaway pagi sehinga larut malam.. Program ini juga turut melibatkan kesemua parti-parti komponen Barisan Nasional dan NGO seperti Belia 4B. Kejayaan program ini dapat dilihat melalui kehadiran pengundi-pengundi muda yang terdiri daripada pelbagai bangsa bersama-sama menjayakan program ini. Dari data maklumat yang dikumpul melalui pendaftaran Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) seramai 1, 400 pendaftaran, FunRide jelajah DUN Seberang Jaya seramai 500 orang, servis motosikal percuma seramai 300 orang dan penerima helmet 1 Malaysia 200 orang, ini tidak termasuk pengunjung-pengunjung sekitar kawsasan yang bersama-sama beriadah menikmati aktiviti-aktiviti yang disediakan. Dimana logiknya jika dikatakan program ini tidak mendapat sambutan daripada orang muda.

Yang terkini Himpunan Anak Seni yang berlangsung meriah dengan pengisian persembahan dan penghargaan juga telah mendapat kerjasama yang erat daripada komponen parti dengan penglibatan menyeluruh pengiat seni di kalangan masyarakat Permatang Pauh pelbagai bangsa dan budaya. Semua ruang kosong kelompok pengundi telah kita temui.

Disusuli dengan program jelajah berbasikal sejauh 40km  yang akan dianjurkan oleh Belia 4B dengan kerjasama Biro Penerangan dan Program Gempur Mesra anjuran Pemuda dan Wanita Bahagian, pastinya akan mengegarkan bumi Permatang Pauh sekali lagi. Bukan sekadar pemimpin bermusim mahupun pemimpin yang hanya gah dipentas ceramah, Barisan Nasional merialisasikan kesungguhannya melalui program-program dan membuktikan Tema Janji Ditepati sentiasa menjadi dasar dan polisi gerak kerja mendekatkan diri dengan pengundi.

Walaupun dilabelkan sebagai kawansan hitam, namun  komitmen yang ditunjukan oleh pemimpin Barisan Nasional khususnya UMNO, telah berjaya mengembalikan keyakinan pengundi untuk kembali bersama-sama Barisan Nasional. Sambutan daripada setiap program yang dianjurkan begitu di luar dugaan. Jentera disetiap bilik gerakan PDM BN telah bersiap sedia bagi menyakut gendang perjuangan.

Dengan Pelancaran gempur “Permatang Pauh BN Punya” pastinya akan membuka mata mereka yang kurang mesra dengan Bahagian dan sentiasa mengambarkan kepimpinan UMNO Bahagian yang dipimpin oleh Dato’ Abdul Jalil sering bergolak. Ini cerita lama yang diulang tayang oleh mereka yang mempunyai kepentingan hawa nafsu politik yang rakus yang ingin melihat Permatang Pauh terus tumbang kepada Pembangkang.


Rakyat Permatang Pauh inginkan calon anak tempatan yang telah bersama dengan mereka semasa susah dan senang. Winable candidate haruslah datang daripada anak tempatan dan bukanya payung terjun yang hanya timbul bila ada lauk terhidang. Kebijaksanaan YAB Perdana Menteri diyakini mampu menangani kemelut calon payung terjun ini dan siapa jua yang ditunjukkan sebagai calon di Seberang Jaya, Permatang Pasir, Penanti dan Parlimen Permatang Pauh pasti akan disokong oleh seluruh jentera BN Permatang Pauh bagi memastikan Anwar Ibrahim tumbang di bumi Permatang Pauh.

“PERMATANG PAUH BN PUNYA”

2 comments:

  1. Replies
    1. kenapa datuk arif shah digugurkan dari dun seberang jaya? beliau ialah people's man. janganlah kerana undi yang lepas bn menang di seberang jaya ditafsirkan sebagai pengundi bn ramai. ramai mengundi bn sebelum ini adalah kerana personaliti datuk arif dan sumbangannya. pkr tentulah bertepuk tangan kerana tiada lagi org yg cukup berpengaruh. dengan adanya pusat khidmat yang efisien, teratur dan sikap ramah dan kebolehan bertutur bahasa Cina membuatkan beliau disegani. calon pengganti dato nasir bukannya tak molek. beliau ok tapi situasi di seberang jaya lain dari kawasan dun lain. orang atas pagar undi bn di seberang jaya bukan atas faktor parti tapi atas faktor individu. we will see.

      Delete