DATO' ABDUL JALIL BIN ABDUL MAJID
KETUA UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH
PERMATANG PAUH BN
PUNYA
Bahang PRU ke 13 semakin dirasai.
Kepanasan suhu berkempen semakin hari semakin memuncak dengan hidangan
janji-janji dan tidak kurang juga propaganda politik bagi memancing undi bagi
memastikan kemenangan parti-parti yang akan bertanding. Nama-nama seperti
Barisan Nasional, PAS, PKR dan DAP bukanlah asing bagi kita rakyat Malaysia.
Menu-menu yang dihidangkan oleh parti-parti politik ini semuanya membuka selera
pengundi dan ada juga menu yang begitu meloyakan sehingga rakyat menyampah dan
mula sedar bahawa tidak semua menu yang pada zahirnya nampak meyelerakan dapat
dimasak dan dihidangkan untuk santapan rakyat.
Pilihanraya 2013 pasti akan
menjanjikan kemenangan mutlak Barisan Nasional. Tsunami politik yang berlaku
pada tahun 2008 telah pun berakhir. Ketegasan dan kebijaksanaan dasar-dasar
Transformasi yang dibawakan oleh YAB Perdana Menteri telah membawa satu dimensi
baru kepada rakyat Malaysia didalam mengecapi pembahagian kemakmuran negara.
Dengan dasar Rakyat Didahulukan, banyak program-program kerakyataan telah
berjaya sampai kepada rakyat. BRIM misalnya telah memberi impak yang besar
kepada kemakmuran masyarakat pertengahan dan bantuan-bantuan yang seumpamanya
telah memberi manafaat kepada seluruh golongan masyarakat tanpa mengira kaum,
agama, bangsa dan umur.
Transformasi ini telah disambut oleh semua
lapisan pimpinan dan tidak ketinggalan dasar denyutan Nadi Rakyat yang
diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri ini telah disambut dengan semangat oleh
pimpinan Barisan Nasional Permatang Pauh yang diterajui oleh Ybhg Dato’ Abdul
Jalil Bin Abdul Majid, Ketua UMNO Bahagian yang juga Penyelaras Parlimen dan
seluruh pimpinan komponen, yang sentiasa merancang aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan sepanjang tempoh 3 tahun yang lepas.
Parlimen Permatang Pauh terdiri
daripada 3 DUN, Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya. Dengan jumlah
pengundi seramai 70,760 orang, tentulah ianya memerlukan perancangan yang jitu
dan pendekatan yang mesra rakyat bagi menarik dan memberi keyakinan untuk memastikan
kemenangan Barisan Nasional disemua peringkat DUN dan seterusnya memastikan
Parlimen Permatang Pauh P044 berjaya ditawan. Bukannya sesuatu yang mustahil
jika dilihat kepada trend pengundi pada setiap kali pilihanraya umum ataupun
pilihanraya kecil yang telah berlangsung 4 kali kesemuanya. Pengajaran daripada
kekalahan yang lepas telah menberi keyakinan kepada pimpinan BN Permatang Pauh
untuk merapatkan saf persefahaman diantara parti-parti komponen dan yang paling
penting persefahaman dan matlamat yang satu, dikalangan pimpinan UMNO Bahagian
telah merancakkan program-program turun padang yang dilaksanakan oleh
Penyelaras-Penyelaras yang sentiasa bersama rakyat bagi membantu dan
menyelesaikan setiap permasalahan.
Penerimaan masyarakat India terhadap program-program
yang dianjurkan oleh Barisan Nasional yang jumlah keseluruhanya seramai 4,465
orang semakin meyakinkan. Ini susulan daripada tindakan proaktif parti komponen
MIC di 32 cawangan dan PPP di 10 cawangan, aktiviti turun padang berjumpa
pengundi dan program-program membantu rakyat sentiasa mendapat sambutan yang
mengalakkan. Begitu juga dengan program-program rakyat bagi kaum Cina yang
jumlah keseluruhanya seramai 16,529 orang juga sentiasa mendapat reaksi positif
melalui program-program yang dianjurkan oleh MCA dan Gerakan Permatang Pauh.
Usaha berterusan ini daripada
gabungan parti-parti yang membawa bendera Barisan Nasional sentiasa konsisten dalam usaha mendekatkan
rakyat. Setiap parti komponen punya peranan masing-masing dan sumber kewangan dan
peruntukan bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Begitu juga diperingkat
UMNO yang menjaga kepentingan dan keperluan orang-orang melayu yang keseluruhannya
berjumlah 49,532 pengundi. Aktiviti-aktiviti berteraskan nadi rakyat telah
digerakkan oleh Penyelaras-Penyelaras semua peringkat tanpa membelakangkan
kaum-kaum lain. Ini dibuktikan melalui kehadiran semua kaum Cina, India mahupun
kaum paling manoriti iaitu Siam. Penulis ingin menjemput sesiapa sahaja yang
berhajat untuk bersama-sama didalam program yang dianjurkan. Hanya kami di
Permatang Pauh lebih mengerti apa yang sedang berlaku di sini.
Jika ada pun permasalahan dan
percaturan politik peribadi pimpinan UMNO Bahagian sekali pun, ianya filem lama
yang sering kali diulang tayang untuk tatapan dan propaganda bagi tujuan
melemahkan semangat dan jentera yang majoritinya bersama-sama UMNO dan Barisan
Nasional. Tujuan jahat ini hanyalah bermatlamatkan kepentingan peribadi yang
sentiasa membelakangkan kepentingan rakyat dan parti. Setiap kelemahan yang
timbul telah cuba diselesaikan dengan cara yang berkhemah dengan berasaskan
semangat Barisan Nasional dikalangan komponen-komponen parti tanpa
membelakangkan matlamat asas perjuangan untuk memastikan Permatang Pauh berjaya
dirampas dari pembangkang.
Misalnya melalui program Himpunan
Anak Muda 1 Malaysia anjuran Biro Penerangan UMNO Bahagian bersama dengan sayap-sayap
parti Pemuda dan Puteri telah berjaya menghimpunkan seramai lebih 4 ribu orang
anak muda dengan pelbagai aktiviti-aktivit yang menjurus kepada kehendak dan
keperluan orang muda,yang bermula seaway pagi sehinga larut malam.. Program ini
juga turut melibatkan kesemua parti-parti komponen Barisan Nasional dan NGO
seperti Belia 4B. Kejayaan program ini dapat dilihat melalui kehadiran pengundi-pengundi
muda yang terdiri daripada pelbagai bangsa bersama-sama menjayakan program ini.
Dari data maklumat yang dikumpul melalui pendaftaran Bantuan Lesen 1 Malaysia
(BL1M) seramai 1, 400 pendaftaran, FunRide jelajah DUN Seberang Jaya seramai
500 orang, servis motosikal percuma seramai 300 orang dan penerima helmet 1
Malaysia 200 orang, ini tidak termasuk pengunjung-pengunjung sekitar kawsasan
yang bersama-sama beriadah menikmati aktiviti-aktiviti yang disediakan. Dimana
logiknya jika dikatakan program ini tidak mendapat sambutan daripada orang
muda.
Yang terkini Himpunan Anak Seni yang
berlangsung meriah dengan pengisian persembahan dan penghargaan juga telah
mendapat kerjasama yang erat daripada komponen parti dengan penglibatan
menyeluruh pengiat seni di kalangan masyarakat Permatang Pauh pelbagai bangsa
dan budaya. Semua ruang kosong kelompok pengundi telah kita temui.
Disusuli dengan program jelajah
berbasikal sejauh 40km yang akan
dianjurkan oleh Belia 4B dengan kerjasama Biro Penerangan dan Program Gempur
Mesra anjuran Pemuda dan Wanita Bahagian, pastinya akan mengegarkan bumi
Permatang Pauh sekali lagi. Bukan sekadar pemimpin bermusim mahupun pemimpin
yang hanya gah dipentas ceramah, Barisan Nasional merialisasikan kesungguhannya
melalui program-program dan membuktikan Tema Janji Ditepati sentiasa menjadi
dasar dan polisi gerak kerja mendekatkan diri dengan pengundi.
Walaupun dilabelkan sebagai kawansan
hitam, namun komitmen yang ditunjukan
oleh pemimpin Barisan Nasional khususnya UMNO, telah berjaya mengembalikan
keyakinan pengundi untuk kembali bersama-sama Barisan Nasional. Sambutan daripada setiap program yang dianjurkan begitu di luar dugaan. Jentera disetiap bilik gerakan PDM BN telah bersiap sedia bagi menyakut gendang perjuangan.
Dengan Pelancaran gempur “Permatang
Pauh BN Punya” pastinya akan membuka mata mereka yang kurang mesra dengan
Bahagian dan sentiasa mengambarkan kepimpinan UMNO Bahagian yang dipimpin oleh
Dato’ Abdul Jalil sering bergolak. Ini cerita lama yang diulang tayang oleh
mereka yang mempunyai kepentingan hawa nafsu politik yang rakus yang ingin
melihat Permatang Pauh terus tumbang kepada Pembangkang.
Rakyat Permatang Pauh inginkan calon
anak tempatan yang telah bersama dengan mereka semasa susah dan senang. Winable
candidate haruslah datang daripada anak tempatan dan bukanya payung terjun yang
hanya timbul bila ada lauk terhidang. Kebijaksanaan YAB Perdana Menteri
diyakini mampu menangani kemelut calon payung terjun ini dan siapa jua yang
ditunjukkan sebagai calon di Seberang Jaya, Permatang Pasir, Penanti dan
Parlimen Permatang Pauh pasti akan disokong oleh seluruh jentera BN Permatang
Pauh bagi memastikan Anwar Ibrahim tumbang di bumi Permatang Pauh.
“PERMATANG PAUH BN PUNYA”