Sunday, May 23, 2010

Juara Rakyat Bulan Wanita dan Keluarga




Permatang Pasir, 22/05/2010 - Bertempat di Pusat Giat mara Permatang Ara, telah berlangsungnya satu lagu program UMNO Juara Rakyat Bulan Wanita dan Keluarga. Program bermula seawal jam 8:00 pagi sehinggalah ke pukul 2:00 ptg telah berlangsung dengan jaya.

Kejayaan program ini dapat dilihat daripada penglibatan dan kehadiran rakyat yang turut serta bersama-sama memeriahkan program untuk kali ini. Bermula dengan senamrobik yang dipimpin oleh Kak Ina, seramai hampir 50 peserta terdiri daripada penduduk sekitar bersama-sama bersenanm mengikut rentak.

Aktiviti program terus memenuhi ruang masa seperti ceramah kekeluargaan, pertandingan pulut kuning, gubahan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak namun yang istimewa ialah pertandingan mewarna wanita veteren yang julung-julung kali diatadakan telah memberi kelainan pada acara pagi itu.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Penolong Setiusaha Wanita UMNO Malaysia Ybhg Puan Rosni. Menurut Ketua Wanita UMNO Bahagian yang juga Pengerusi Penganjur, Puan Hjh Normala Abdul, Program ini diharap dapat merapatkan hubungan pemimpin UMNO Bahagian dan rakyat khususnya di Parlimen Permatang Pauh.

Dalam ucapan aluan Ybhg Dato' Abdul Jalil, menegaskan Kerajaan BN sentiasa memberi perhatian kepada setiap permasalahan rakyat khususnya kaum wanita. Diharapkan dengan adanya program sebegini, pemimpin masyarakat dapat berhubung terus dan dapat mendekati golongan wanita supaya kita mampu mengenali permasalahan dan seterusnya membantu menyelesaikan semua permasalahn rakyat.

Program ini turut disertai oleh Penyelaras DUN Permatang Pasir, Sdr. Zaidi, Dato' Nasir Abdullah Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Sdr. Rahim Hj Man Naib ketua UMNO Bahagian.
Bersempena dengan program ini juga satu derma kilat telah dikutip untuk membantu Adik Norhayati yang berusia 3 tahun yang mengidap jantung berlubang. Mengikut kenyataan ayahnya, adik Norhayati memerlukan RM45,000.00 dan diharapkan dengan sumbangan ini ianya dapat mempercepatkan adik Norhayati menjalani pembedahan.

~UMNO Juara Rakyat~